Insiden LRT Laluan Kelana Jaya berhampiran stesen LRT KLCC - Azwar Syuhada

Tuesday, 25 May 2021

Insiden LRT Laluan Kelana Jaya berhampiran stesen LRT KLCC

 Salam to all readers,



Insiden LRT Laluan Kelana Jaya berhampiran stesen LRT KLCC | Kes Covic-19 belum habis lagi, malam tadi digemparkan pula insiden LRT laluan Kelana Jaya berhampiran stesen LRT KLCC. Im shock gila, sebab ini memang train aku naik pergi balik kerja. 


Credit Photo: Astro Awani

Bila gambar tersebar luas dalam twitter, mujuk RapidKL cepat bertindak memaklumkan kepada penumpang dalam train tersebut supaya bertenang dan pihak mereka akan menghantar bantuan dengan segera. LRT ini dekat KL merupakan alternatif paling jimat, selamat dan cepat nak pergi keluar bekerja. Bila jadi macam ini, ramai orang takut nak naik nanti. Setakat ini problem paling besar kalau naik LRT pun sebab berhenti mengejut, bagi laluan train seterusnya jalan dahulu, satu lagi tak LRT tak berjalan langsung. Had ini jelah problem kadang-kadang.


Bila bertembung sesama LRT ini, lagi kuat impaknya sebab LRT punya kelajuan boleh menyebabkan orang dalaman tercampak dan tercedara. Perkhidmatan LRT yang terlibat dalam kemalangan malam tadi adalah tren bernombor 40 & 81. Seramai 47 orang cedera parah sementara 166 orang cedera ringan dan kesemuanya dah digegaskan ke hospital.  Kemalangan ini berlaku sekitar 9.30pm malam tadi. Semoga mangsa yang terlibat dalam insiden LRT laluan Kelana Jaya semalam baik-baik sahaja. 


Salah satu gambar yang tersebar di twitter, mangsa yang tercedera dalam insiden pertembungan LRT laluan Kelana Jaya


Apa-apa pun, terima kasih MyRapidKL cepat bertindak menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat tidak terkecuali menteri pengangkutan turut turun padang. Punca pertembungan masih dalam siasatan, semoga MyRapidKL dapat menerangkan punca pertembungan kedua-dua LRT ini dengan baik pada umum.




Pagi ini, MyRapidKL turut melaporkan train still berjalan macam biasa. Untuk maklumat lanjut korang boleh contact mereka di twitter, admin pantas bagi respond.


Thank you for reading!


2 comments:

  1. Terkejut dan risau sebenarnya. Ya Allah, semoga Allah permudahkan dan lindungi kita semua dan yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, macam mana benda ni boleh berlaku ek. Hope mereka kembali sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!