Cara Paling Senang Cashout Duit Google Adsence Dengan Pantas ke AKaun Bank - Azwar Syuhada

Sunday, 23 May 2021

Cara Paling Senang Cashout Duit Google Adsence Dengan Pantas ke AKaun Bank

 Salam to all readers,


Cara Paling Senang Cashout Duit Google Adsence Dengan Pantas ke Akaun Bank | Memandangkan bulan lepas baru sahaja aku merasa cashout duit Goole Adsence sepanjang aku berblog. So, harini aku nak sharelah kaedah aku guna untuk keluar duit dari goole adsence. Makesure dah ada akaun goole adsence. Mana-mana para blogger & youtuber yang memang buat duit dengan google adsence ini pasti dah tahu perihal ini. Pada yang baru berjinak-jinak menulis di blog register terus akaun Google Adesence, untuk register boleh direct ke SINI.



Keterujaan Cashout Duit Google Adsence: First Time Cashout Duit Google Adsence


Nak cashout pun punyalah struggle, requirement dia perlu cukup 100usd dulu baru boleh cashout. Kalau tak kau tunggulah sampai berjanggut. Aku pun tak sangka dapat cashout duit dari Google Adsence. Punya struggle create content, naikkan pageview, nak tackle google Try & error. So, janganlah putus asa, teruskan menulis. Bulan lepas punya payment aku issue pada 21/4/2021 dan bayaran diterima pada 24/4/2021 aku terima daripada Google. Untuk makluman korang, Goole dah tetapkan pembayaran akan dibuat pada 21 haribulan sehingga 26 haribulan pada tiap-tiap bulan. So, agak-agak duit adsence korang tu banyak, bolehlah usha bank akaun tiap-tiap bulan pada tarik ini. Jom aku tunjuk macam mana kaedah aku keluarkan duit dari Google Adsence.


Cara Paling Senang Cashout Duit Google Adsence

Sekiranya korang dah lulus sepenuhnya menggunakan akaun Google Adsence, korang boleh method ini untuk cashout duit Google Adsence. Ikutkan terdapat 3 cara untuk korang cashout Google Adsence antaranya;

1) Menggunakan cek
2) Western Union
3) Wire Transfer (Direct to bank account)


Sign in Google Adsence > Payment > How you Get Your Paid (Select which one you prefered)


Kaedah Pertama- Menggunakan Cek

Kaedah cek ini agak renyah sikit, korang perlu masukkan details peribadi, nama, alamat, contact nombor kemudian sekiranya cek dah tersedia Google akan pos kan cek tersebut sehingga depan pintu rumah. Dah dapat ke tangan pula kena walk in ke bank untuk release. Untuk release dalam akaun makan masa 2/3 hari bekerja macam tu. Aku pernah guna masa cashout Nuffnang dulu. Aku pernah tanya senior-senior yang pernah cashout google adsence pakai cek ini, mereka maklumkan ambil masa 2 minggu lebih jugalah nak sampai ke Malaysia.


Cara Kedua- Western Union

Western Union merupakan perkhidmatan dan penerimaan wang dari seluruh dunia. Sebelum korang nak guna cara Western Union ini, korang kena makesure bank korang guna tu ada menggunakan perkhidmatan Western Union. Sekiranya ada bolehlah guna.


Kerjanya agak renyah kena proses melalui pejabat pos, kemudian pergi ke bank lagi untuk proses seterusnya. Why not continue Wire Transfer sahaja lagi mudah kan?

Cara Ketiga- Wire Transfer (Direct ke Akaun Bank)

Ini kaedah yang aku gunakan untuk cashout google adsence bulan lepas. Kaedah ini lebih cepat dan pantas. Pendek cerita, wire transfer ini membolehkan anda menerima pembayaran Adsence terus ke akaun bank korang tanpa perlu buat apa-apa. Makesure akaun details korang isi dalam Google Adsence tu betul.


Cara Mudah Cashout Google Adsence Menggunakan Wire Transfer

1) Sign in Google Adsence akaun anda
2) Klik pada pautan Payment > Click Bank Transfer to Bank Account
3) Kemudian follow step di bawah, isi details yang diperlukan





Name on bank account: Masukkan nama penuh korang
Bank name: Nama penuh bank yang korang guna
SWIFT-BIC: Masukkan kod bad ikut kod antarabangsa. Korang boleh google swift-bic bank yang korang guna.
Account number: Masukkan account number bank
Re-type account number: Masukkan semula account number bank korang make sure sama okay

Selesai? Jangan lupa tandakan set as primary payment method dan klik button SAVE.


Dah selesai isi details payment ini, korang akan menerima 1 email dari google mengatakan korang ada isi details berkenaan payment menggunakan Wire Transfer. Siap! Just waiting your money into your bank account. Bookmark calender setiap 21-26 haribulan Google akan pay salary. Gituew..


Pada mereka yang sedang berjinak-jinak menulis blog, jangan give up teruskan okay. Kalau tak berjaya practice lagi dan lagi. Kadang-kadang aku sendiri pun kelaut juga bab nak tulis entry. Dia datang tanpa kita sangka. Kalau berjaya dapat akaun penuh Google Adsence jagalah baik-baik jangan lakukan sesuatu yang memudaratkan kita dan jangan sesekali klik iklan sendiri takut nanti boleh dibanned oleh Google. Nak lulus punya payah, jadi jaga elok-elok.

Selamat berblog! 

Thank you for reading!

3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!