Salam to all readers,
| Cara Paling Senang Cashout Duit Google Adsence Dengan Pantas ke Akaun Bank | Memandangkan bulan lepas baru sahaja aku merasa cashout duit Goole Adsence sepanjang aku berblog. So, harini aku nak sharelah kaedah aku guna untuk keluar duit dari goole adsence. Makesure dah ada akaun goole adsence. Mana-mana para blogger & youtuber yang memang buat duit dengan google adsence ini pasti dah tahu perihal ini. Pada yang baru berjinak-jinak menulis di blog register terus akaun Google Adesence, untuk register boleh direct ke SINI.
Keterujaan Cashout Duit Google Adsence: First Time Cashout Duit Google Adsence
Nak cashout pun punyalah struggle, requirement dia perlu cukup 100usd dulu baru boleh cashout. Kalau tak kau tunggulah sampai berjanggut. Aku pun tak sangka dapat cashout duit dari Google Adsence. Punya struggle create content, naikkan pageview, nak tackle google Try & error. So, janganlah putus asa, teruskan menulis. Bulan lepas punya payment aku issue pada 21/4/2021 dan bayaran diterima pada 24/4/2021 aku terima daripada Google. Untuk makluman korang, Goole dah tetapkan pembayaran akan dibuat pada 21 haribulan sehingga 26 haribulan pada tiap-tiap bulan. So, agak-agak duit adsence korang tu banyak, bolehlah usha bank akaun tiap-tiap bulan pada tarik ini. Jom aku tunjuk macam mana kaedah aku keluarkan duit dari Google Adsence.
Cara Paling Senang Cashout Duit Google Adsence
Sekiranya korang dah lulus sepenuhnya menggunakan akaun Google Adsence, korang boleh method ini untuk cashout duit Google Adsence. Ikutkan terdapat 3 cara untuk korang cashout Google Adsence antaranya;
1) Menggunakan cek
2) Western Union
3) Wire Transfer (Direct to bank account)
Sign in Google Adsence > Payment > How you Get Your Paid (Select which one you prefered)
Kaedah Pertama- Menggunakan Cek
Kaedah cek ini agak renyah sikit, korang perlu masukkan details peribadi, nama, alamat, contact nombor kemudian sekiranya cek dah tersedia Google akan pos kan cek tersebut sehingga depan pintu rumah. Dah dapat ke tangan pula kena walk in ke bank untuk release. Untuk release dalam akaun makan masa 2/3 hari bekerja macam tu. Aku pernah guna masa cashout Nuffnang dulu. Aku pernah tanya senior-senior yang pernah cashout google adsence pakai cek ini, mereka maklumkan ambil masa 2 minggu lebih jugalah nak sampai ke Malaysia.
Cara Kedua- Western Union
Western Union merupakan perkhidmatan dan penerimaan wang dari seluruh dunia. Sebelum korang nak guna cara Western Union ini, korang kena makesure bank korang guna tu ada menggunakan perkhidmatan Western Union. Sekiranya ada bolehlah guna.
Kerjanya agak renyah kena proses melalui pejabat pos, kemudian pergi ke bank lagi untuk proses seterusnya. Why not continue Wire Transfer sahaja lagi mudah kan?
Cara Ketiga- Wire Transfer (Direct ke Akaun Bank)
Ini kaedah yang aku gunakan untuk cashout google adsence bulan lepas. Kaedah ini lebih cepat dan pantas. Pendek cerita, wire transfer ini membolehkan anda menerima pembayaran Adsence terus ke akaun bank korang tanpa perlu buat apa-apa. Makesure akaun details korang isi dalam Google Adsence tu betul.
Cara Mudah Cashout Google Adsence Menggunakan Wire Transfer
Thanks for sharing sis
ReplyDeleteTerima kasih share kak
ReplyDeleteTahniah Azwar dah dapat cash out.
ReplyDelete