Salam to all readers,
| Keindahan Taman Tasik Titiwangsa | Rasa dah dekat 2 tahun aku tak jejak kaki ke Taman Tasik Titiwangsa. 1 sebab jauh, last aku pergi tak boleh dah nak lari sana sebab under contraction, lepas tu Covic-19 dah dekat setahun lebih. Entah macam mana rezeki aku dapat pergi sekali lagi last week, bila member aku Shuhada ajak jogging sana. Fulamakk cantik weii!! Harmoni dan tenang je datang sini. Tapi tulah ramai gila orang. Nak lari pun berhenti kejap-kejap bagi laluan budak-budak naik basikal.
Kami gerak awal pagi, lepas Subuh tu aku dah keluar rumah ambil LRT, member pick up aku dekat LRT je kemudian terus bergerak ke Tasik Titiwangsa. Ingatkan dah cukup awal datang tu, rupanya waktu tu dah penuh dengan orang ramai. Kami parking pun belah-belah belakang. Dapatlah pusing 2 3 round selebihnya bergambar je lebih. Jom tengok keindahan Taman Tasik Titiwangsa. Siapa duduk sekitar KL tu bolehlah ajak keluarga, jiran tertangga datang beridah ke sini. Datang picnic pun dah best sini. Buatlah pot luck reramai, meriahlah sikit.
Patut ada acara berkayak dekat Tasik ini, maybe sebab pandemic dia tak operasi kot. Had tengah-tengah permukaan dulu ada naik helipkopter, dulu Cik Epal bawa laki dia naik helipkoter dekat sinilah. Sekarang macam takde dah. Yang masih ada lagi acara bawa basikal, sekarang nak naik basikal pun kena scan barcorde MySejahtera okay? Gila advanceds, demi menjaga kesejahteraan sesama kita. Apa-apa pun kena ikut SOP.
Sebenarnya, track larian dan bawa basikal tu dah dibahagikan, seperti biasalah orang tak reti membaca. Ada juga yang bawa basikal dekat laluan orang berlari. Kalau rasa nak berehat boleh take a break dekat pondok disediakan. Ada juga ruang disediakan untuk membaca buku. Siap ada bukunya sekali. Hopefully, bila dah cantik macam ini janganlah ada yang merosakkan harta benda awam. Perliharalah hak milik orang. Dah berpicnic pun jangan lupa buang sampah dalam tong sampah.
Toilet pun ada kalau rasa nak terkucil akibat penat berlari.
Setiap laluan ada nak namanya sendiri. Ini first time aku kembali ke sini setelah sekian lama tak pergi. Dulu masa belajar duduk belakang Felda, rajinlah lepak Taman Tasik Titiwangsa. Sekarang duduk Bangsar tak kuasa aku nak pergi sini. Nak kesini kena ada kenderaan sendiri.
Ini laluan ke jambatan Titiwangsa pula.
Inilah dia Banjaran Titiwangsa, sini penuh pokok-pokok dan alama semulajadi. Bolehlah naik ke atas untuk menikmati pemandangan hijau.
Ini pula Laman Kerawang (Taman Rama-rama). Tiada rama-rama pun, cuma ada patung rama-rama sahaja. Bila malam cantiklah kot, sebab rama-rama ini akan berlampu nanti.
Rasa lapar? Jangan risau, boleh keluar di kaki lima ini ada penjaja jual makanan dan air. Sediakan duit je.
Ini juga ruang rehat, kalau taknak duduk dekat rumput boleh duduk kerusi yang disediakan. Aku perhatikan ramai parents yang datang sini dah bawa bekal siap-siap dari rumah. Keluarga bahagia sangat duduk makan-makan dekat Tasik Titiwangsa ini.
Apa-apa pun bestlah pergi sini! Tak best tak dapat lari dengan aman. Aku lebih suka lari dekat PJ, tenang dan harmoni. K bye!
Cantikk tempatnya. Penuh kehijauan :D
ReplyDeletesejak covid tahun lepas dah tak jalan ke sana lagi... nanti nak jalan ke sana lagi lah... awal pagi sejuk lagi
ReplyDelete