Hi people!
11-April-2021, Kuala Lumpur: Harini, buat pertama kali Gong Cha telah merasmikan Flagship Store in Malaysia! Bertempatkan di Tingkat 2 di The Garden Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Ditambah dengan, outlet ini baru sahaja diperbaharui dengan menawarkan pelbagai menu yang eksklusif bersama premium bubble tea) dan orang ramai turut dapat menikmati minuman di tempat duduk yang selesa.
Rekaan dalaman kedai Gong Cha ini cukup menarik dan sungguh menceriakan suasana, ditambah lagi dengan brand's signature menggunakan tone colour merah. Cukup memukau dan gah. Pembukaan store GOng Cha ini bertujuan untuk tingkatkan pelanggan untuk menimati sendiri keenakan minuman bubble tea dengan sentuhan premium.
Ruang untuk kita duduk pun cukup selesa, ia terbahagi kepada beberapa bahagian. Samaada dalam ruangan kedai Gong Cha sendiri ataupun di ruang luar (tempat terbuka). Kedua-dua ruang ruang ini cukup sempurna susun aturnya, Kalau nak chills lepak dengan member boleh duduk dekat dalam store Gong Cha, sambil tu boleh berselfie bersama rakan-rakan. Sejajar dengan keadaan negara kita sekarang ini dimana kita masih dalam memerangi Covic-19 Gong Cha turut membuka ruang tempat duduk di luar (open space), dimana orang yang bekerja ataupun meeting, jumpa client sudut ruang ini cukup selesa untuk duduk sambil menikmati minuman Gong Cha kesukaan korang. Gong Cha turut menitikberatkan SOP bagi mencegah penyebaran Covic-19.
Selain minuman biasa yang terdapat dalam menu, Flagship Store ini juga turut menawarkan premium tea brews at an introductory price of RM10. Buat peminat tegar minuman Gong cha, korang boleh dapatkan merchandise Gong cha seperti Tumbler, Planner, Colour Changing Cup turut terdapat di sini.
Kalau korang nak tahu, sekarang Gong cha ada menjalinkan kerjasama dengan Shopee. Bersempenakan Kempen Raya Bersama Shopee, GOng cha menyajikan minuman istimewa terutama buat peminat tegar bubble tea lovers. Ia dipanggil sebagai Raya Bersama Shopee x Gong cha drink. Minuman Gong cha terbaru kali ini hadir dengan kemanisan strawberry dan terdapat bubble kenyal flavoured heart, dipenuhi dengan susu coklat, manakala topping atas nya adalah Gong cha’s signature salty, creamy milk foam. Memang sedap diminum dengan penuh berkrim gitu.
Sementara, buat peminat tegar Gong cha yang telah mencuba minuman terbaru ini juga boleh juga terjah aplikasi Shopee untuk menikmati ganjaran sedia ada ditawarkan oleh Shopee iaitu
Sebagai perayaan pembukaan kedai baru, pelanggan turut berpeluang memenangi baucar eksklusif dan barang dagangan dari Gong cha ketika mereka bermain ‘Spin The Wheel’ di gerai. Permainan akan berlangsung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 16 April hingga 9 Mei 2021. Untuk menyertai bahagian ini, pelanggan digalakkan untuk membeli minuman Gong Cha menggunakan ShopeePay.
#GongchaMY #GongchaFlagshipStore #RayaBersamaShopee
wahh bestnya Gongcha flagship store..boleh lepak2 kan
ReplyDelete