Salam to all readers,
| Sedap ke Daging Harimau Menangis? | Sejak duduk rumah ini asyik pikir nak makan je, tambah tak boleh dine in kena bungkus je. Aku kalau bab makanan viral-viral ini aku akan dapat merasa makan bila dah hujung-hujung je bila dah tak viral baru pergi cari. Tambah budak office aku ada buat story makan daging harimau menangis, nampak macam sedap. Buka twitter pula haritu nampak mak Lofa duk isu pasal branding Daging Harimau Menangis dia punya. Tengok gitu jerlah, aku rasa ramai gila agent, peniaga kecil yang guna nama jenama Daging Harimau Menangis.
Berniaga sahajalah secara sihat. Berbalik kepada cerita aku teringin sangat nak makan. Aku suruh Oyah pergi godek-godek Instagram tengok siapa yang jual & boleh COD dekat kawasan rumah ini. Kalau kau tanya orang Kelantan dia tak heran pun Daging Harimau Menangis ini, katanya ini makanan bukan baru pun orang start jual market dekat media sosial jadi dengan packaging cop Daging Harimau Menangis. Orang Malaysia takde duit takpe, janji perut terisi.
Disebalik nama Daging Harimau Menangis ini ada ceritanya. Aku tak tahulah kisah dia sahih ke tidak, dimana rimau tu tak dapat membaham daging tersebut lalu dinamakan daging harimau menangis.
Tahap teringin tu nak makan sangatlah kononnya, bila dah sampai peram dalam peti ais dah seminggu. Harini baru rajin nak memanggang. Cantiklah dia punya packaging, 1 pek daging harimau menangis ini RM28 cukuplah buat tekak aku yang nak merasa sangat.
Boleh tahan sedap jugalah, tapi nak rasa WOW sedap gila tu takdalah. Buat rasa dan hilangkan kempunan. Mengalahkan orang mengandung mengidam pula aku. Apa-apa pun sedap juga, kalau korang makan daging bubuh sos je tak berapa mengancam jadi salutkan daging tu dengan salah bubuh sos, perghh baru padu rasa. Bukan rimau je menangis, kau pun boleh menangis sambil makan. Sedapp!!
Kalau teringin nak rasa juga boleh refer dekat packaging tu seller kami beli. Ini bukan review berbayar ya, ini memang aku beli untuk aku makan. Siapa-siapa menjual boleh je drop dekat komen bawah ini.
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!