Review: Sinopsis Slot Samarinda TAKDIR YANG TERTULIS lakonon hebat Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong & Elvina - Azwar Syuhada

Tuesday, 9 February 2021

Review: Sinopsis Slot Samarinda TAKDIR YANG TERTULIS lakonon hebat Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong & Elvina

 Salam to all readers,


| Review: Sinopsis Slot Samarinda TAKDIR YANG TERTULIS lakonon hebat Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong & Elvina | Ikutkan aku tak follow up pun cerita ini dari awal, aku masuk office budak office menyembang pasal Juweta, aku pun tanya dorang cerita apa tu. Dorang gak hasut aku suruh tengok, katanya best. So balik rumah aku godek-godek Netflix tiada pula mujur dia available di tonton dekat iflix. Episode 1 pun dah rasa nak menyumpah tahu tak, setiap ending episode buat kita ternanti-nanti apa akan jadi pada si Juweta.


Setiap babak pelakon ini ada sisi hitam masing-masing. Jom layan dia punya sinopsis. Lama gila aku tak tengok drama Melayu. For me, this slot Takdir yang tertulis sangat bagus untuk ditonton oleh umum dan memang ada je kisah ini di dunia realiti. Kisah menipu yang duk lahir dapat laki kaya, hidup mewah. Hari-hari makan dihidang ke bilik. Jom layan sinopsis cerita Takdir yang tertulis ini.


SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS

Mengisahkan Juweta (Nad Zainal), Azlan (Nazim Othman), Ruhila (Elvina Mohamad), dan Ean (Elvin Chong). Dimana Juweta dan Ruhila ini berkawan baik sejak zaman universiti begitu juga dengan Azlan dan Ean. Juweta & Ruhila ini dah macam belangkas mana-mana pergi sentiasa bersama dan Juweta ini segala masalah akan cerita dekat si Ruhila nama pun sahabat baik kan? 


Pergolakan berlaku bermula di universiti lagi apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. Juweta ini memang dah lama gila suka si Azlan dari universiti lagi, yang si Azlan ini pula dah terpandang si Ruhila sebagai bidadari syurga apabila berselisih dekat universiti. Punya excited nak cerita dekat Ean. Suatu hari, Ean ini ajak si Azlan duduk dekat port lepak universiti nak perkenalkan pada seseorang, rupanya si Ruhila (sebagai kekasihnya), tujuannya ajak jumpa untuk kenal-kenalkan Juweta dengan si Azlan. Awal tu si Azlan dah tak berkenan dengan Juweta dia nak juga makwe si Ean ini Ruhila. Ruhila dengan Ean ini pula saling cinta menyintai.


"Kifarah Cinta, mengejar bahagia..."



Percintaan Ruhila dan Ean ini ditentang oleh mak si Ruhila (lakonan Didi Alias). Kenapa tak suka? Sebab si Ean ini datang keluarga yang susah, takutlah anak dia kebulur nanti. Mak si Ruhila dah berkenan pula dekat di Azlan. Suatu hari Ean dapat tahu, si Azlan pergi purpose si Ruhila, Ean pun bengang gila pergi tumbuknya si Azlan dekat universiti. Si Azlan pun dah tahu si Ruhila girlfriends si Ean nak juga dirampas. Sejak itu persahabatan dia dengan Ean mula rengang. Ean tak habiskan belajar di universiti, dia kerja then sambung belajar di luar negara ambil course law.


Juweta ini memang cinta gila dekat si Azlan, namun selalu ada selisih faham berlaku. Awalnya lakonan si Juweta ini buat aku bengang juga marah suami tak tentu pasal. Suatu hari Juweta dapat tahu si Azlan ini pergi masuk meminang si Ruhila, lagilah dia marah waktu tu, lantas Ruhela memujuk Juweta mengatakan itu terjadi tanpa pengetahuannya sendiri. Ruhela turut menyatakan dia sangat menyintai si Ean takkan dia boleh berpaling kepada orang lain, Azlan.


Azlan kecewa lantas melamar si Juweta. Akhirnya mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mika. Sepanjang perkahwinan mereka, ada sahaja perselihan faham berlaku. Sehinggalah satu hari, Ruhila ini datang ke rumah Juweta dan menawarkan diri untuk jadi Personal Assistant Juweta. Mulanya Juweta taknaklah bagi Ruhila jadi PA, ada degree katanya kerja di pejabat sahajalah. Tapi si Ruhila ini nak sangat jadi PA, dapatlah juga. 


Mika, seorang anak yang cukup matang dari usianya. Dia tahu mamanya Juweta agak sibuk dengan tugasan kerja dan sering lupa untuk ambilnya di school. Sungguhpun Mika kerap terasa hati, dia tetap sayang mamanya Juweta. Ruhilalah yang banyak hantar dan ambil Mika dari school.

Suatu hari Mika ini terdengar pergaduhan Juweta dan Azlan membuatkan Mika jadi tertekan apabila terdengar perkataan cerai. Mika sayang kedua-duanya nak tak mahu ibu bapanya bercerai. Azlan ini pula dan cukup bersabar dengan kerenah Juweta namun setiap kali berlaku perselisihan faham Azlan cuba ambil hati siisterinya Juweta semula. 


Juweta ini slack sebab dia mulut lancang dari zaman universiti. Sampaikan orang confess suka pada dia dia pergi malukan orang tu depan orang ramai, salah seorangnya Hakim (lawyer kepada Azlan tu). Dia bertindak nak jatuhkan Juweta pun sebab berdendam dengan si Juweta. Juweta like Bossy, tambah dengan keangguhan kesombongan sebagai CEO syarikat arwah bapanya terbawa-bawa ke rumah. Setiap kali dia bergaduh dengan Azlan mesti dia bercerita pada si Ruhila. Juweta ini pernah menengking suaminya didepan staff, lagilah hilang respect staff pada Juweta. 


Suatu hari Azlan ini nekad untuk menceraikan si Juweta dengan update status di Twitter! Perghh nak cerai sekarang tulis dekat media sosial dulu umum pada semua orang. Juweta tertekan meminta pertolongan Ruhila untuk memujuk Azlan suapa tidak meninggalkannya. 


"Walau apa pun terjadi saya nak awak tarik balik niat awak nak ceraikan Juweta- Ruhila"


Siapa sangka, satu per satu dalam sekelip mata Juweta diduga hingga hilang segalanya, syarikat, rumah, dan anaknya Mika! Semuanya kerana kecuaian Juweta sendiri. Tragis gila setiap episode demi episode. Kerana terlalu cinta pada si Azlan dan percaya kepada si Azlan, main sign segala dokumen Azlan suruh sign tanpa periksa terlebih dahulu butirannya. Tragis hidup Juweta.......


Persoalannya, adakah Juweta bakal diceraikan nanti? Mampukah Juweta dapatkan semula syarikat, rumah dan Mika? Mengapa Azlan sanggup merampas semua harta Juweta tanpa belas kasihan? Berapa lama dia menipu si Juweta? Adakah semua ini telah dirancang dari awal demia harta, dendam ataupun persahabatan? 


Lagi membara apabila si Azlan dengan Ruhila ini dah berkahwin dari awal lagi (7 tahun). 7 tahun bukan 7 hari okay? Tengok ceritanya rasa nak menyumpah si Ruhila ini habis-habis. Menariknya drama ini, sungguhpun rampas harta orang, hak milik orang SOLAT TAK TINGGAL. Sejahat-jahat orang, tuhan masih ingat. 


Jomlah sama-samakan tonton drama bersiri "Takdir Yang Tertulis" ini di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong & Elvina Mohamad. Drama ini arahan Shahrulezad Mohameddin. Slot ini dah bersiaran sejak 21 Januari 2021 setiap hari Isnin sehingga Khamis, jam 10.00pm.



Watak lelaki paling banyak kena sumpah. Azlan ini dijahatkan lagi apabila mak mertua (lakonan Didi Alias) menggalakkan si Azlan untuk merampas semua harta si Juweta. Baru kau betul-betul sayang pada Ruhila katanya. 



Apalah kesudahan kisah Juweta ini nanti. Takdir Yang Tertulis ini mempunyai 15 episode. Minggu depan habis dah. Hopefully ending dia Juweta dapat bersama dengan Mika dah jatuh cinta dengan si Ean pula. 


Siapa sangka, kawan baik sendiri yang kita percaya, selalu jumpa, selalu borak perihal masalah semua tikam kawan sendiri? Kau nak anak kau cakap je baik-baik tak perlu rampas yang bukan hak engkau iaitu rumah dan syarikat. Panas pula hati aku layan cerita ini. Tapi tulah ternanti-nanti nak tengok kesudahannya apa. 


Ikutkan banyak je cerita drama melayu yang relevan untuk ditonton oleh umum. TV1 satu penuh drama yang banyak memberi pengajaran juga ikutkan. Apa-apapun aku suka drama arahan Shahrulejad ini. Good job! I follow you dekat IG dah. kahkah.. Macam dia noti kau.


So korang team Juweta ke Ruhila ini? Cuba kongsi sedikit.


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!