Salam to all readers,
| Jom Sertai Virtual Run Decathlon 2021 | Setahun lebih PKP, setahun jugalah aku tak join marathon, virtual run lagilah tak pernah join. Ikutkan last year aku join marathon standard charted 10km. PKP punya pasal tunda this ya, tu pun tak sure jalan ke tak ini. Nak taknak kena berjogging tak pun buatlah aktiviti apa-apa pun untuk keluarkan peluh. Tambah badan aku ini senang naik, nak turun tu macam bercinta. Bila aku sibuk stress barulah kurang makan. Ini asyik duduk rumah, keluar masuk dapur jangan beranganlah nak kurus.
Aku perasan badan aku start naik awal PKP tahun lepas waktu tu puasa, orang duk buat resepi viral kau pun duk galak nak buat juga. Bila dah gemuk menangis tepi bucu katil. Tahun ini aku start jogging balik seminggu sekali pergi taman, malam aku buat zumba, petang rajin main skipping pula. Mujurlah PKP 2 ini aku kurang nafsu nak makan. Because I lots something to do. Celik mata depan laptop tengok apa boleh explore lagi.
So, berita baik buat mereka yang kaki berlari, jogging dan sewaktu dengannya bolehlah join virtual run Decathlon ini. Hanya 5km sahaja tak sampai sejam boleh pecut habis. Lokasinya? Dimana sahaja boleh dilakukan, hanya perlu sign up, download aplikasi Decathlon Coach di apps store/apple store. 1000 peserta terawal yang berjaya menyelesaikan larian virtual run 5km ini berpeluang untuk grab RM15 voucher.
Jom ramai-ramai luangkan masa untuk berlari. Aku start suka berlari bila masuk UniKL. When you run, you may reduce your stress, feel fresh gitu. Segala masalah kau hilang ketika berlari, nak taknak kau kena bagi your mind rest sikit. Larian ini bermula 15 February 2021 hingga 28 February 2021. Jadi, siapa nak join virtual run ini boleh sign up cepat.-cepat.
Jom sama-sama amalkan gaya hidup sihat. Aku nak dapatkan berat badan aku balik 55kg. Sekarang 61kg rasa obes pula. Lari-lari juga SOP kena jaga, carilah port yang tak ramai orang.
Selesai lari nanti jangan lupa share record larian korang di Facebook/Ig Decathlon Malaysia.
#decathlonmyvirtualrun
Thank you for reading!
Menarik. Saya pun suka berlari. Rasa hilang semua masalah. Good luck. Saya tak join kot. Belum mampu 5km. Paling banyak pun 1.5.
ReplyDelete