| Dah Sediakah Tonton Episode Terakhir Takdir Yang Tertulis ? | Aku lama gila tak tengok drama melayu, bila aku tengok jalan Takdir Yang Tertulis ini rasa seronok jalan cerita. This real life sekarang sebenarnya. Cerita melayu banyak je relevan dan motivate untuk ditonton. Salah satu drama Melayu lama yang legend dan cukup terkesan bila ditonton kisah Azien Irdawaty sorok anaknya yang cacat belakang rumah. Ending anaknya mati, dia pun menyesal. Cerita ini umur aku belasan tahun tak silap aku.
Aku duduk dengan atok nenek tengoklah drama-drama melayu pendekar bujang lapuk, cerita Opah cerita-cerita kekeluargaan. Cerita tak relevan adalah cerita-cerita kau dari keluarga susah, bawa diri Kuala Lumpur nak mengubah nasib katanya, tup-tup berselesih lelaki kaya, gaduh-gaduh tup-tup suka sama suka. Asal kalau nak mengubah nasib hidup bawa diri ke Kuala Lumpur. Tak pernah lagi orang nak mengubah nasib keluarga bawa diri ke Perlis, Kedah, Melaka, Perak. Sikit-sikit Kuala Lumpur. Why? No komen.
Mesti ramai yang ternanti-nanti apakah kesudahan cerita Takdir Yang Tertulis ini minggu depan. Aku juga berdebar apakah ending nya. My opinion biarlah Ju biarlah bercerai dengan Azlan dan nikah dengan Ean ini. Ruhila walaupun ada sisi baiknya juga tetap jahat dimata aku, kahkahkah duri dalam selimut. Azlan biarlah dia hidup sensorang, mak firaun dengan lawyer Hakim tu biar merengkok dalam penjara. Ju dan Ruhila boleh bergilir-gilir jaga Mika, Mika gak untung 2 bapak, 2 mak. Cinta tak semestinya harus bersatu, justeru pengarah filem ini memberi judul Takdir Yang Tertulis.
Sungguhpun aku lebih suka tengok cerita Korea, ada je cerita Korea yang merapu. Sama je dengan cerita Melayu. Tak perlulah konderm cerita Melayu kemain teruk. Apa-apa pun aku suka pengarah filem ini buat jalan cerita Takdir Yang Tertulis. Entah macam mana aku ter join group Takdir Yang Tertulis ini dalam group facebook, punya emosi ya korang layan cerita ini, pengarah filem tu pun dapat banyak DM dari orang ramai suruh ending Ju dengan Ean. hahaha... Drama je weyhh, relax okay.
Kalau tak boleh relax boleh try layan cerita Pingu. Jangan lupa Isnin dan Selasa hadapan episode terakhir slot samarinda TV3 jam 10.00pm. Aku layan dekat Iflix je kena layan pukul 11.00pm after habis dekat TV baru masuk dekat Iflix. Banyak tempat korang boleh tengok cerita ini iaitu di Iflix, WeTV, Tonton, telegram. Dulu youtube rajin juga up full drama Melayu latest punya sekarang dah tiada pula. So enjoy okay!
Siapa team Jue dekat sini? Kita geng.
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!