Salam to all readers,
| Craving Roti Jala Cicah Serawa Durian, Ayuh Buat | Sekarang musim durian, macam-macam pesen durian keluar, durian kawenlah, durian king, durian kampung. Ahh sudah, aku beli guna foodpanda je haritu. Dah lama tak beli simpan peti ais, aku jarang makan durian begitu sahaja, kalau balik kampung ada durian aku minta mak aku buatkan roti jala dengan serawa durian. Sedap weyhh, kalau serawa durian cicah dengan roti buku pun sedap juga. Tapi aku lebih suka conbination serawa durian ini dimakan dengan roti jala. Baru auwmm..
Semalam, tak buat apa, aku buatlah roti jala dengan serawa durian sendiri. Nak makan punya pasal, aku cakap dengan mak aku yang aku tiada acuan roti jala macam mana nak buat. Dia suggest ambillah botol air plastik yang tak guna tebuk penutup botol 3 lubang. Dah siap bancuh nanti bubuh dalam tu, masaklah atas dapur. So sediakah anda tengok roti jala aku berangkai-rangkai ? Rasa ada, bentuk tak semenggah.
Sedap jugalah aku masak untuk tekak aku sendiri. Bahan nak buat jala ini sikit je pun. Tapi nak bentuk cantik gunalah acuan dia. Botol air ini asal boleh je gayanya. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat 2 menu ini.
Bahan-bahan untuk buat serawa durian;
1) Durian
2) Santan
3) Daun Pandan
4) Gula
5) Garam
Cara-cara penyediaan Serawa Durian;
1) Bubuh air sedikit, panaskan atas dapur, kemudian masukkan durian.
2) Berikutnya masukkan santan (aku bubuh setengah dari kotak tersebut. Kacau rata-rata masukkan daun pandan bagi naik bau.
3) Seterusnya bubuh garam dan gula sehingga cukup rasa
4) Gaul rata-rata sehingga isi durian tu tersiat gitu. Isi durian yang tersiat tulah paling sedap dimakan dengan roti jala. Ada orang bubuh gula melaka bagi pekat, aku tiada gula melaka, guna jerlah apa yang ada.
5) Dah menggelegak bolehlah diangkat untuk dihidang.
Selamat mencuba guys!
aaa sedapnya! tunggu durian murah sikit la buat nnti 😂
ReplyDeleteSedapnya serawa durian..tapi durian mahal giler laa...sudahnya makan la roti jala ngan kuah kari ayam..
ReplyDeleteSedapnya serawa durian. kena tunggu musim durian ni kalau nak makan.
ReplyDeleteLamanya tak makan serawa durian. Kalau dapat durian selalu makan begitu saja. Kreatif ye alat menjala roti tu buat dari botol. Tak apalah,janji lepas craving
ReplyDelete