Cerita Gigi: Appointment Scalling Gigi di Klinik Pergigian Bangsar Utama - Azwar Syuhada

Friday, 12 February 2021

Cerita Gigi: Appointment Scalling Gigi di Klinik Pergigian Bangsar Utama

 Salam to all readers,


| Cerita Gigi: Appointment Scalling Gigi di Klinik Pergigian Bangsar Utama |  Happy Chinese New Years guys!! Stay at home okay. Haritu aku ada kongsi yang aku ke Klinik Pergigian Bangsar (Klinik Kerajaan untuk check up gigi). Waktu aku walk in ke sana doktor hanya check kondisi gigi aku dan buat tampalan sementara pada bahagian berlubang. Dia minta aku datang sekali lagi tapi kena set appointment la untuk check semula bahagian lubang aku tu besar mana kedalamannya, kalau besar kena buat rawatan akar, tambah aku kena buat scalling juga (next appointment nya). Bila aku pergi ke kaunter dia hanya ambil nama (dan dalam 3 bulan kita kena follow up tanya ada kekosongan tak nak buat appointment, beratur wei orang menunggu dalam buku.


Jadi aku cadang, kalau ada lebih duit pergi jerlah swasta. Baru ini Oyah (roomate aku ajaklah cuci gigi (scalling gigi). Aku pun okay jerlah, tambah semalam memang cuti, Oyah balik kerja pun awal (dia dah book appointment petang hari sebelum nak pergi tu, tanya sekali bajet nak buat scalling tu dalam berapa). Nak pergi swasta ini better call tanya dulu berapa anggaran dia, kalau main pergi, dah buat treatment semua nanti menangis pula nak membayar.



Selfie 1 kali sebelum ke klinik gigi, dulu waktu pakai braces keraplah pergi klinik gigi check up. Lepas buka braces, tak pergi, sibuk kerja lepas tu kena PKP sampai ke harini baru nak pergi. Awal-awal dulu pergi klinik gigi nak buat scalling mesti aku cuak, aku takut gigi aku tercabut. Lepas scalling rasa ngilu lepas tu sukar nak makan. Tapi aku buat rawatan dekat Klinik Pergigian Bangsar Utama ini buat scalling rasa best pula, tak sakit pula. Masuk-masuk je dentist tu tanya nak buat rawatan apa, dia check gigi kita ada problem tak, lepas tu dia siap bagitahu gigi bongsu aku dah tumbuh dekat belah belakang dan dia juga syorkan aku datang semula buat X-Tray gigi (tengok keadaan tampalan sementara itu punya lubang berapa dalam,) Lepas buat X-tray nanti baru boleh tahu apa solution yang patut kena buat samaada tampal sahaja ataupun buat rawatan akar. Perghh aku dengar ayat dia rawatan akar ini, bunyi macam parah sangat. Habis sahaja scalling aku terus tanya kalau tak buat takpe ke? Gigi nanti ada perlu cabut ke, dia cakap kalau biar lama takut gigi jadi rapuh better datang semula buat X-tray. 


Doktor pun cakap lembut je tau, hilang sikit rasa takut. Dia pun cakap rawatan akar ini tak adalah sakit mana, dia just usik bahagian tu sahaja, kalau nak nampak cantik lagi buat crowning nanti. X-tray nak buat bajet dalam RM50-RM100. Rawatan akar pula around RM500 - RM1000. Wahh mana nak cekau duit. Nak taknak aku kena check up juga nanti, sayang pula gigi dah rata nanti sebabkan tak buat rawatan akar ini nanti dia mengganggu pula allign gigi kita. 


Cerita Gigi: Appointment Scalling Gigi di Klinik Pergigian Bangsar

Balik tu, singgah Guardian di NU Sentral cari polident untuk bersihkan pendakap gigi aku. Sampai rumah, terus tengok gigi depan cermin, membelek gigi masih ada ke tidak. Dia tak rasa sakit dia bagi kita kumur-kumur dengan antiseptik. Puas hatilah scalling dekat kedai bayar ini, doktor baik rajin melayan customer, bagi rawatan pun tiptop tak menakutkan pesakit, paling penting dia bagi penerangan pun tak menakut-nakutkan pesakit. Rawatan scalling gigi di sini aku buat untuk gigi aku RM135. Averange untuk scalling around RM100-RM150. Bergantung tahap daki dekat gigi korang. hahah....


Selain kulit wajah, gigi pun penting untuk dijaga ya. Janganlah buat braces putihkan gigi guna khidmat entah siapa-siapa yang tidak bertauliah, lebih baik rujuk terus ke pakar klinik pergigian. Taknaklah muda-muda tiada gigi, makan pun kena jaga untuk penjagaan kesihatan gigi. Jom sama-sama jaga gigi. Ingat makesure pergilah buat check up gigi 6 bulan sekali tak pun setahun sekali pergilah jengah okay.


Doakan aku dapat kumpul duit dan beri kekuatan untuk mengadap dentist akan datang untuk rawatan akar. Ada siapa-siapa pembaca blog ini pernah buat rawatan ini? Cuba share sikit di ruangan komen.

Thank you for reading!

3 comments:

  1. Ish rasa nk g scaling juga la,,, kena survey dulu dentist best kat area sini. sis takutttt dentist.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,,hii..saya pnye gigi cpt rapuh tau..so,,sepanjg 27 taun ni,,dh 2 gigi sy kne bt rwtn akar.. actually mmg bagus rwtn tu.. gigi yg dh bt rwtn tu mmg susah nk rosak ke blubang ke..so.. jgn takut2 ye kalau dokter dh suggest kn.. lg satu,, biasenye mmg kalau rawatan akar, mmg btul2 dokter pakar yg akn bt rwtn tu..means bkn kaleng2 dokter ahh yg bole bt..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!