Pengalaman Buat Pemeriksaan Gigi di Klinik Pergigian Bangsar - Azwar Syuhada

Thursday, 21 January 2021

Pengalaman Buat Pemeriksaan Gigi di Klinik Pergigian Bangsar

 Salam to all readers,


Pengalaman Buat Pemeriksaan Gigi di Klinik Pergigian Bangsar | Mujur aku kena AL harini dapatlah buat check up gigi. Punya gigihlah mandi pagi nak menapak ke klinik gigi. Faham-fahamlah kalau pergi klinik government ini jenuh menunggu giliran nanti. Aku pun cuba nasib je pergi tadi, kot kotlah tutup waktu PKP ini. Dari minggu lepas lagi dah sakit gigi aku ini. Belah atas dekat gigi geraham, bila makan ayam ke, nasi ke, daging ke mesti terselit punyalah dekat area situ. Kalau nak dibersihkan kena korek pula guna berus kecil, berus aku guna waktu pakai braces.



Aku gagahkan juga sebab start malam tadi aku taklergh tidur disebabkan sakit gigi. Aku nganga depan cermin memang nampak macam berlubang tapi tak pasti. Waktu aku buat pemeriksaan gigi masa pakai braces tiada isu pun gigi lubang ini, masa tu elok cantik dah. Ini lepas aku buka braces dan setahun lebih jugalah aku tak pergi servis gigi (scalling gigi) tu jadi macam ini kot.


Klinik Pergigian Bangsar ini buka pada pukul 8.00am. Aku start terpacak around 7.50am macam tu. Waktu ada warga emas dah start beratur (mostly ini dah ada appointment). Aku datang walk in sebagai pesakit luarlah. Sebelum masuk dalam seperti biasa kena scan MySejahtera, ambil suhu dan staff tu akan tanya datang sebab apa (problem gigi macam mana). Kalau tak nazak dia tak bagi masuk.


Aku just cakap masalah gigi sakit tak boleh nak makan. Masuk dalam jangan lupa drop IC korang dekat kaunter) untuk rekod maklumat diri korang. Untuk first time macam aku kena buka buku baru, nanti dia minta isikan alamat & contact number. So kena duduk dulu sementara misi panggil. Tak sampai 10 minit dipanggilnya lagi bayar yuran (RM1). Duduk balik sementara kena check blood pressure (yang kena pam dekat tangan tu). Disebabkan wabak covic-19 ini macam-macam soalan jugalah ditanya, ada demam, batuk, ada contact dengan orang positif ke tidak. So kalau korang tiada problem jawab sahajalah tiada.


Pengalaman Buat Pemeriksaan Gigi di Klinik Pergigian Bangsar

First time jugalah aku jejak kaki dekat Klinik Pergigian Bangsar ini. Selesai soal siasat semua, misi pun panggil masuk dalam. Ketaklah lutut nak jumpa doktor gigi. Buatnya kena cabut ke apa, naya je ronggak di usia muda ini. Malu okay, aku siap berdoalah tak jadi apa. Sebelum dia check tu dia tanya apa problem. So aku bagitaulah aku sakit dah 2 3 hari ini, makanan selalu sangkut dekat gusi tersebut, nak cuci kena cungkil, maybe ada ruang udara disekitar itu menyebabkan sakit gigi. Doktor perempuan Cina, baik je orangnya. Tapi tulah banyak benor dia kena tutup (pakai PPE), aku cakap pun dia tak dengar. Lama juga dia buat eksperimen dekat gigi aku, dia check setiap satu (bahasa gigi dia, aku pun tak faham code gigi dia cakap tu).


Finally dia jumpa juga tempat yang aku cakap sakit tu, dia korek memang area situ berlubang dan dia tak tahu sejauh mana dalam tu berlubang. Dia tolong aku bersihkan bahagian tersebut dan buatkan tampalan sementara. Dia cakap aku guna berus gigi yang tidak okay. Scarynya dengar, dah lama tak buat scalling so next appointment kena buat. Tambah tadi area yang problem tu ada gigi kecil yang dah rapuh dia tercabut dia keluarkan. So next time, datang kena buat scalling dan juga tampalan semula. Buat sementara pakai sahaja tampalan sementara ini terlebih dahulu dan jangan gosok terlalu kuat atau ganas takut tertanggal pula. Habis selesai buat pemeriksaan gigi, tunggu doktor tulis rekod dalam buku.



Pergi ke kaunter buat bayaran tampalan gigi (RM2). Seterusnya minta misi rekod for next appointment. Sekali aku tengok buku appointment beratur orang menunggu giliran next appointment. Around 3 bulan jugalah nak follow up untuk next appointment. Maybe, next gaji aku kena pergi juga buat scalling dekat mana-mana klinik swasta berdekatan. Jenuh juga nak menunggu next appointment nanti. Apa-apa pun memang puas hati buat pemeriksaan gigi di Klinik Pergigian Bangsar. Misi peramah, doktor peramah, dia buat pemeriksaan elok je tak ganas. Depend pada doktor yang kita dapat juga kot. Apa-apa pun, setiap kali nak jumpa doktor gigi memang ketaq lutut wei.


Now, dah reda sikit kesakitan gigi aku lepas kena tampal. 


Thank you for reading guys!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!