Salam to all readers,
| Macam Mana PKP 2 Korang? | How you day guys? Now aku dah start kembali work from home (rotate). Pembukaan tahun baru banyak benda kita kena belajar, belajar bersyukur, belajar bersabar, paling penting belajar muhasabah diri. I know tahun sebelum ini agak mencabar bagi semua orang termasuklah aku sendiri. Terutama orang kerja swasta, no bonus no increament (at least still work tu survive). Alhamdulillah, walaupun hati down jugalah tak dapat. Begitu banyak perancangan kita atur, tapi Tuhan aturkan sesuatu yang lebih baik. Insyallah. Just wait and see. But you need usaha.
How your day PKP 2? Harini merupakan hari ke-4 PKP. Aku PKP dekat KL tak balik Selangor. Sama je kalau balik pun. Aku baca juga thread korang buat menerusi twitter berkenaan ketidakpuasan hati sebab kena PKP balik. Kes naik salahkan politik, salahkan satu sama lain, salahkan buat PRU, salahkan kerajaan tak buat PKP balik. Bila dah buat PKP 2 kalini ada juga tidak berpuas hati menuding jari asal buat PKP, baki PM tanpa rasa bersalah siap menulis doakan orang tu masuk neraka. Siapalah kita nak menghukum orang. Sekarang kita memang rasa seronok duk memaki orang, jangan sesuatu hari nanti penulisan kita didunia ini menjadi satu binasa pada diri kita sendiri suatu hari nanti. Jaga mulut, jaga penulisan.
Ingat senang jadi Perdana Menteri. Yang korang tahu gaji depa banyak tak buat kerja. Betullah kata orang bukan semua keputusan yang dibuat mampu memberi kepuasan pada orang ramai. Bila tak PKP kata kerajaan bodoh, bila dah bagi PKP semula memekak juga, tak bagi rentas negeri kata tak adillah, bila sekolah tak buka katanya tumbesaran anak dalam pendidikan terbantut, bila dibuka kata kerajaan tak perikemanusian kononnya tak hiraukan kesihatan para pelajar. Yang ianya kita sendiri tak faham apa yang kita nak. Kita sendiri tak bersependapat sesama sendiri. Yang kita tahu bila mana influencer up posting yang kita kenkonon apa yang dia post tulah yang paling terbetul sekali.
Aku tak boleh pergi dengan orang yang 100% menyalahkan kerajaan 100% bila kes naik mendadak. Walhal semua orang sama sahaja. Bila suruh di rumah kau merayap balik kampung, pergi bercuti up dekat laman sosial (walaupun pergi bercuti kami menjaga SOP ya) kononnya, tak segan silu menayang gambar masuk mall kosong tiada orang, hakikatnya kau tetap keluar juga kan? So apalah guna kau menuding jari pada kerajaan 100%. Hakikatnya masing-masing dah besar, SOP dah dikeluarkan, pikirlah mana yang baik mana yang buruk. Stoplah blame orang. Siapalah kita nak menuding jari pada orang tanpa rasa berdosa.
Thank you for reading! Im done for membebel dimalam hari ;)
betul tu.. semua asyik salahkan orang je.. padahal diorang pun 2 kali 5..
ReplyDelete