Salam to all readers,
| Hiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam | Cadangnya awal cuti haritu aku memang nak panjang bukit sapu tangan ini, tapi tiada member. ak ajak Hanum haritu dia kerja, so kami pakat pergi pada 1/1/2021 haritu. Lepas solat Subhuh terus bergerak pergi, takut tiada parking. Sejak Covic-19 ini aku jarang dah masuk mall, beli online je, so hobi terbaru aku adalah masuk hutan tengok keindahan alam, dapat rehatkan minda, hilang stress, depress, segala masalah pun hilang okay. Mujur Hanum pun excited nak pergi sekali, bawa Ainur sekali (jiran Hanum, Ainur memang dah biasa hiking sini je dah masuk 3 kali dia naik).
Ikutkan aku bukanya jenis bersukan waktu sekolah dulu. Dah masuk alam pekerjaan ini aku baru berjinak-jinak pergi taman jogging, pergi hiking, join running. Bolehlah dapat tingkatkan gaya hidup sihat. Orang kata orang rajin hiking ini sedikit sebanyak dapat meningkat daya ingatan yang kuat. Aku salute jugalah pada orang-orang yang bekerjaya malam-malam sempat pergi berlari, hujung minggu lari, hiking perghh.. Aku kalau ada masa terluang sahajalah. Kalau aku penat sangat memang aku duduk rumah sahaja. Konon nak naik Bukit Sapu dan terus ke Tasik Cermin tapi si Ainur kata nak ke Tasik Cermin laluan dia lagi curam dan lagi jauh perjalanannya nanti. Tambah-tambah Hanum ini baru first time hiking. Cuak jugalah..
Ikutkan nak hiking Bukit Sapu Tangan ini banyak trail masuk dia tau. Kalau tak tahu jalan nak ke sini just search sahaja Setia Alam Community Trail dekat google maps. 7.20am kami sampai dah kawasan ini cuma salah masuk lorong haritu. Si Ainur yang dah banyak kali pergi sini pesan, if bawa kereta baik parking dekat area Petron, tapi kena jalan jauh sikit. Sebab kalau parking dekat kawasan construction ini lepas kau turun bukit for sure ko dapat surat saman. Sebab first-first haritu dia dah terkena.
Me and Ainur sahaja yang berjaya ke puncak bukit. Hanum dah surrender dekat bawah. Bila kami dah naik ke Puncak dia sibuk text bila nak turun, sampai dah ke dia dah pihang dekat bawah. Kesiannya la haii.. Tak lama mana pun kami dekat atas, sejam jugalah nak naik dan turun ke bawah (dari check point kami berdua tinggalkan Hanum).
Muka dah barai mendaki. After this nak kena banyakkan berlari, supaya stamina lebih kuat. Hiking ini pun bagus untuk otot-otot badan kita sebenarnya.
wow.. bestnya... nice xtvt
ReplyDeletetq info..kami nk p sne Sabtu ni...
ReplyDeleteSis why not u try Denai Tiga Puteri. Hutan Simpan Kota Damansara.
ReplyDeleteBaru pergi semalam , struggle jugak untuk biginner macam saya ni , but alhamdulillah selesai .. masuk dari taman botani shah alam , naik atas , turun pergi mirror lake pusing 1 round , lepas tu naik ikut trail B ke atas balik exit taman botani balik .. lebih kurang 4 jam jugak pergi balik .. but overall proud kan bila dapat buat hehee
ReplyDeletekena permit kan sini?
ReplyDelete