Salam to all readers,
| Cara Mudah Renew Insurance & Roadtax Kereta Menerusi MYEG | Nak dijadikan cerita bulan 12 haritu aku sempatlah menghabiskan cuti aku dikampung, mak aku hari-hari duk pesan jangan lupa bayar roadtax kereta bulan depan. Bulan depan mean bulan 1, 2021 la kan? Awal bulan dah pikir dah bulan ni kena jimat apa semua nak kena macam-macam benda. Kebetulan roomate aku kerja Etiqa sajalah aku tanya macam mana nak bayar, katanya kena bayar insurance dahulu baru boleh buat roadtax. Mak aku buat aku salah faham, dia suruh aku pergi bayar roadtax je tak cakap pun perihal insurance. Aku mana tahu sangat, sekarang baru belajar untuk ambil tahu memandangkan dah kereta. Kang aku tak bayar, susah pula mak aku nak bawa kereta cari barang.
Roomate aku kata nak continue insurance dengan Etiqa boleh tapi roadtax kena buat tempat lain sebab dekat tempat dia dah habis. So, dia gak cadangkan try tengok dekat MYEG boleh bandingkan harga dengan lain-lain, sekaligus buat roadtax siap terus sampai ke rumah. Ikutkan banyak dah portal kemudahan untuk kita semua bayar insurance dan roadtax kereta. Ini kali pertama juga aku guna MYEG, portal ini bagi kemudahan korang untuk renew insurance kereta, motor, renew roadtax termasuklah boleh check saman koma buat. hahaha.. Jom aku tunjuk step by step untuk renew insurance, renew roadtax termasuk penghantaran ke rumah. Entry ini kali ini panjang sikit, nak tahu kenalah baca. Jom ikuti cara mudah bayar insurance dan roadtax kereta secara online menerusi MYEG.
CARA MUDAH RENEW INSURANCE KERETA SECARA ONLINE MENERUSI MYEG
Benda utama kena buat sebelum renew roadtax, korang perlu renew insurance kereta terlebih dahulu. Kalau tak renew insurance tak dapatlah nak buat roadtax.
1) Pergi ke portal MYEG: https://www.myeg.com.my/
2) Sekiranya tiada akaun lagi, boleh sign up terlebih dahulu. Dah sign up?
3) Klik pada pautan "PERKHIDMATAN"
7) Dia akan paparkan quotation insurance yang available. Ini semua basic harga yang belum final price. So korang boleh pilih dulu. Dah siap membuat pilihan klik pada pautan "Buy Now".
Selesai bayar insurance aku continue dengan bayar roadtax. Sekarang korang pergilah mana-mana ibu pejabat secara walk in memang kena halaulah kalau tak buat appointment. Pada anak muda beli celik IT ini tolonglah mana yang patut untuk mak ayah korang semua yang tak berapa reti dengan gadget. Kadang-kadang kesian juga tengok depa tergetar-getar nak scan MySejahtera. Ini kan pula nak bayar bill, roadtax, semua online. Aku duduk KL naik public transport sahaja, mak aku duduk kampung tahu drive, so kalau aku tak renew nanti dia pula yang susah nanti. Dah renew senang, mudahkan kerja dia kesana ke mari.
Banyak pula aku bebelan aku. So selesai renew insurance jom continue dengan roadtax kereta.
CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA SECARA ONLINE MENERUSI MYEG
Harga roadtax kereta sama je setiap tahun, korang boleh tengok dekat pelekat roadtax tersebut ada dinyatakan RMXX. Korang juga boleh buat pilihan sama ada nak continue 6 bulan/ 12 bulan. Pada aku terus jerlah 12 bulan, ingat ada masa nak buka 6 bulan 6 bulan continue.
1) Langkah pertama Log in akaun di: https://www.myeg.com.my/
2) Klik pada ikon JPJ
ok lepas ni tak perlu beratur nak g renew roadtax hehe
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat. biasa upah kawan saya buatkan roadtax.
ReplyDelete