Salam to all readers,
| BPR 2021: Kemaskini & Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat Kini di Buka | Seperti yang sedia maklum Bantuan Prihatin Rakyat 2021 kini telah dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Dengar nak dapat duit laju je ya?
Bagi yang masih blur lagi, bantuan ini bermula pada awalnya dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kemudian berubah pula kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), dan kini telah diberi nama Bantuan Rakyat Prihatin 2021 (BPR 2021). Bukan senang ya nak tukar-tukar nama ini, namun ia tetap mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi bantuan kepada rakyat Malaysia. BPR 2021 ini telah diumumkan lagi dalam belanjawan 2021, jadi tahun ini telah ditunaikan. Sudah pasti ia lebih baik dan orang bujang (berumur 21 tahun ke atas) pun tidak terkecuali boleh peroleh juga. Tiada seorang pun akan tercicir gitu.
Kategori & Nilai Bantuan BPR 2021
Seperti yang sedia maklum dalam bajet 2021, BPR 2021 ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu golongan isi rumah dan juga untuk orang bujang. Boleh refer gambar dibawah;
Jadual pembayaran BPR 2021 ini terbagi kepada 2 fasa untuk golongan isi rumah dan juga secara one off untuk orang bujang.
> One off untuk orang bujang (21 tahun dan ke atas)
Cara Mudah Kemaskini Maklumat & Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat 2021
ANAK:
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
Selesai? Boleh Hantar Borang Permohonan
Dah complete semua dokumen korang boleh hantar semua dokumen permohonan BPR 2021 ini menerusi kaunter berikut;
• Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
• Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Salam,Mohon pencerahan ,kalau saya nie penerima BPN 2.0,Adakah saya perlu mengemaskini rekod saya ,kalau ya ,bagaimana caranya... Terima kasih
ReplyDeleteSalam, ya perlu. Boleh masuk https://bpr.hasil.gov.my/ Tekan pada pautan Log masuk. Kemudian masuk NO IC. Sekiranya tiada rekod boleh teruskan dengan Klik pada button Daftar Akaun. Ikut step yang diberikan.
DeleteThanks for sharing
ReplyDelete