Salam to all readers,
| Bantuan Komputer Riba & Internet PERCUMA Bagi Golongan B40 | Seperti semua sediakan maklum tempok PKP sekarang ini telah dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi membantu proses pembelajaran yang lebih efisyen terutama buat pelajar di bangku universiti IPTA/IPTS yang terjejas akibat wabak Covic-19. Minggu ini, mak ayah yang mempunyai anak masih sekolahlah yang paling busy, memandangkan pembelajar secara online telah bermula. Mak ayah nak kena setup kan juga kamera, lighting on point ke tidak. Macam-macam gelagat aku tengok di Facebook.
Jadi, bagi mengelakkan pelajar yang masih belajar tidak tercicir, semua pelajar dikehendaki praktik proses pembelajaran melalui atas talian, contohnya dengan kemudahan google meet, trello, skype, avana, zoom dan banyak lagi. Disebabkan semua benda sekarang kena melalui hujung jari (belajar atas talian) dikehendaki setiap murid tersebut perlu ada gadget/ komputer riba serta capaian internet yang baik. Sungguhpun, kita hidup dalam teknologi yang serba canggih, namun masih ada golongan keluarga yang tidak berkemampuan untuk membeli komputer/gadget.
Baru-baru ini Menteri Kementerian Pengajian Tinggi YB Dato' Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Komputer Riba & Internet Percuma buat pelajar (golongan B40) yang berkelayakan. Bagaimana nak memohon untuk dapatkan komputer riba percuma ini? Untuk bantuan komputer riba dan internet percuma ini, pelajar tidak perlu membuat apa-apa permohonon pun kerana pihak universiti sendiri yang akan hubungi pelajar tersebut untuk memaklumkan anda layak untuk menerima.
Jenis Bantuan yang Ditawarkan
1) Komputer riba percuma
2) Pinjaman komputer riba
3) Pemberian wang tunai
4) Bantuan kewangan istimewa
Cara Mudah Claim Pakej Pelan Data Internet
Untuk permohonon pakej pelan data internet, para pelajar golongan B40 tidak perlu melakukan permohonon kerana pihak universiti sendiri akan menghubungi pelajar yang berkelayakan ataupun para pelajar boleh cuba buat hubungi Hal Ehwal Pelajar di universiti korang untuk menyemak sama ada anda layak mahupun tidak.
Pihak univeristi akan menghubungi terus bagi yang berkelayakan dan diberikan kad sim ataupun bantuan yang diberikan dalam bentuk wang tunai dikreditkan dalam akaun pelajar.
Pakej Istimewa Buat Pelajar Untuk Memiliki Komputer Riba
Buat pelajar yang ingin memiliki komputer riba dengan harga yang berbaloi (khas untuk pelajar IPT sahaja), boleh cuba lihat pakej yang ditawarkan di bawah;
1) Komputer riba Acer: https://store.acer.com/en-my/promotion/students
2) Komputer Riba Samsung: https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
3) Komputer Riba Apple: https://www.apple.com/my/education/higher-education/
Bagi pelajar yang masih tak cukup juga kuota capaian internet boleh cuba pohon pakej data internet khas untuk student. Cara nak claim pun cukup mudah just walk in kemana-mana cawangan telco seperti Celcom, Maxis dan Digi yang berdekatan dengan mengemukakan kad pengenalan serta kad pelajar. Jangan pula bukan student pergi claim pula.
Sebarkan pada semua pelajar-pelajar (golongan B40). Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak boleh meringankan beban keluarga dan memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran.
Thank you for reading!
hopefully bantuan ni dapat meringankan bebanan pada mereka yg memerlukan
ReplyDelete