Aurora Turn 2 - Azwar Syuhada

Saturday, 2 January 2021

Aurora Turn 2

 Salam to all readers,


Diam tak diam esok dah last cuti aku di kampung (jauh benor kampung aku dengan KL). Harini berkumpul dekat rumah abang aku ada jamuan hari jadi anak dia Aurora yang ke-2 tahun. Diam tak diam dah besar budak ini. Cepat betul membesar aku pun tak perasan. Mana nak perasan bila balik dia tak ada, bila sama-sama balik aku duk terbongkang dalam bilik. Akulah aunt paling baik okay. Tak kuat menyakat, kasih sayangku beri sama rata tiada tolak bandingnya, suka sumbat makanan je. Hakikatnya aku tak layan langsung. 



Seronok pula aku tengok sambutan birthday dia. Aku jarang pergi sambutan birthday orang ini, tambah-tambah waktu aku kecik tak merasa pun benda ini semua. Harini kami berkumpul dengan keluarga sahaja campur dengan family kak ipar aku je. Paling meriah bab hadiah, mengalahkan orang kawin. Jimatlah setahun tak perlu beli mainan budak. Makanan banyak juga sedap-sedap tadi. Aurora ini excited time orang nyanyi "Happy Birthday" dan potong kek. Habis potong kek dia berlalu pergi main.



Best juga ada sambutan harijadi macam ini boleh berkumpul dengan keluarga, dan budak yang diraikan boleh mengingati hari kelahirannya disambut dengan meriah. Bukan hanya untuk anak sahaja boleh diraikan kalau parent masih ada boleh sahaja diraikan harijadinya. Beli sebijik kek makan sama-sama pun aku rasa dah cukup membahagiakan.

Orang paling excited off course makayah si Aurora ini. Budak Aurora ini kira cerdik, dah 2 tahun dah banyak cakap. Panggil nenek, takutttt, main, ice cream, wash. Kalau bab melalak pun no. 1. Nak rapat dengan dia senang je, sulam sahaja dengan makanan seperti ice cream, cepatlah dia datang.



Aurora Turn 2

Selamat Hari Jadi Aurora yang ke-2 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah dan kekal comel seperti aku. kahkahkah.

Thank you for reading!


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!