Prosperity Burger 2020 Kini Kembali Hanya di McD! Sedapp!! - Azwar Syuhada

Tuesday, 29 December 2020

Prosperity Burger 2020 Kini Kembali Hanya di McD! Sedapp!!

 Salam to all readers,


Prosperity Burger 2020 Kini Kembali Hanya di McD! Sedapp!! | Ini kisah awal bulan haritu, dimana McD ada buat comeback prosperity burger. Aku just nak kongsikan dengan korang semua keenakan burger prosperity ini sahaja. Kalau diberi pilihan antara KFC and McD aku memang pilih makan McD sebabnya aku hantu burger. Ayam kurang, asal masuk KFC pun aku memang order set burger. Tapi tulah, burger dekat McD juga yang paling sedap bagi aku kalau antara 2 brand ini. 


Prosperity Burger McD ini memang sedap tau, kalau ada apa-apa yang terbaru keluar mesti ramai orang beratur panjang tak kiralah dalam store dia mahupun dekat drive thru. Penuh je orang. Tapi aku tak suka pergi time ramai orang. Aku lebih selesa pergi hujung-hujung. Tak serabut. 


Bagi mereka yang merupakan peminat tegar prosperity burger McD ini bolehlah pergi beli. Tapi aku tak sure ada lagi ke tidak. McD ini cepat benor habisnya keluaran dia. Aku makan haritu lepas balik jogging terus ke KL Sentral pergi makan sensorang. Nikmatnya dapat makan burger langsung tak rasa serba salah lepas round 3 pusingan. Balik tersandar terus. 


Prosperity Burger 2020 Kini Kembali Hanya di McD! Sedapp!!

Haritu aku ambil set Prosperity Burger Beef (standard punya) not double, tambah apple pai chocolate. Aku suka prosperity burger ini sebab dia besar, roti dia lembut dipenuhi dengan bawang, rasa keempukkan daging dia ditambah dengan limpahan sos lada hitam yang padu. Sekali ngap memang nak ngap lagi orang kata. Memag sedap weii, kalau ada lagi nanti memang aku repeat la. 

 
Prosperity Burger 2020 Kini Kembali Hanya di McD! Sedapp!!



Boleh nampakkan macam mana boleh terliur nak makan prosperity burger McD. Tambah-tambah bila buka twitter mesti iklan dia asyik keluar. Aku tak boleh tengok burger prosperity ini. Sedap!! Daging dia tebal dan lembut. Ayam punya aku tak pernah cuba lagi. Mesti sedap juga.

Setelah kenyang makan prosperity burger beef, beralih makan apple pai perisa coklat ini. Ini pun boleh tahan sedap, dan tak muak. Overall semua licin dimakan. 




Apa-apa pun thank you McD keluarkan balik prosperity burger ini!


Thank you for reading!

2 comments:

  1. akak belum makan lagi prosperity burger nih, tapi kene beli jugak sekali... almaklum ada waktu yang terhad je

    ReplyDelete
  2. idk y but i dont like the taste hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!