Salam to all readers,
| Intipati Belanjawan 2021: Teguh Kita Menang Bersama | Semalam 6 November 2020 berlangsungnya perbentangan bajet belanjawan 2021. Tak sampai 55 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Bersedia kita menghadapi waktu akan datang? Belanjawan 2021 kali ini bertemakan Teguh Kita Menang Bersama. Ia dirangka berlandaskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertubuhan ekonomi, melestarikan kehidupan, dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.
Antara Intipati Belanjawan 2021 adalah;
1) Sebanyak RM1bilion diperuntukkan bagi menangani gelombang ke-3 Covic-19;
👉RM457 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis untuk KKM.
👉RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser kepada petugas barisan hadapan KKM.
👉RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi Covic-19
👉RM50 juta bagi perolehan peraltan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.
👉Penambahbaikan peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya, dan fasiliti zon saringan.
2)Bayaran one-off RM500 kepada anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan.
3)Skop pelepasan cukai rawatan perubatan diperluaskan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta Covic-19 untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak, terhad RM1000.
4) Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan daripada RM6,000 pada RM8,000.
5) Had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 pada RM1,000.
6) Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagan ibu bapa juga dinaikkan daripada RM5,000 pada RM8,000.
7) RM24 juta disediakan bagi mengukuhkan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.
8) Skim perlindungan mySalam diperluas ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung & protesis.
9) Program Baucar Perlindungan Tenang RM50 bakal diperkenal untuk golongan B40.
10) Pengecualian duti setem ke atas produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak lebih RM100 untuk tempoh 5 tahun sehingga 2025.
11) RM90 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak.
12) Peruntukan RM6 juta untuk perolehan ubat biologik bagi pelbagai jenis penyakit rheumatologi seperti "rheheumatoid" dan "arthritis".
13) RM25 juta bagi program rawatan "Peritoneal DIalysis" di rumah untuk tingkatkan kualiti rawatan pesakit buah pinggang selain kurangkan masa menunggu di hospital.
14) Bantuan Prihatin Rakyat;
💖ISI RUMAH BERPENDAPATAN BULANAN KURANG RM2,500 RINGGIT
👉1,200 ringgit - untuk isi rumah dengan seorang anak
👉1,800 ringgit- untuk isi rumah mempunya 2 anak atau lebih
💖ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA 2,501 HINGGA 4,000 RINGGIT
👉800 ringgit - untuk isi rumah dengan seorang anak
👉1,200 ringgit- untuk isi rumah mempunya 2 anak atau lebih
💖ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA 4,001 HINGGA 5,000 RINGGIT
👉500 ringgit - untuk isi rumah dengan seorang anak
👉750 ringgit- untuk isi rumah mempunya 2 anak atau lebih
💖INDIVIDU BUJANG UMUR 21 TAHUN KE ATAS BERPENDAPATAN 2,500 RINGGIT KE BAWAH
👉dapat 350 ringgit (hidup bujang!)
15) KWSP, Moratorium & Cukai
👉 Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus.
👉Pengeluaran AKAUN KWSP 1 (RM500 sebulan untuk 12 bulan, terutama untuk ahli KWSP yang hilang pekerjaan.
👉Pengeluaran AKAUN 2 KWSP (untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal)
👉Kadar cukai pendapatan diturunkan sebanyak 1 mata peratus bagi banjran pendapatan bercukai 50,001 hingga 70,000 ringgit.
👉Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 3,000 ringgit ke atas caruman skim persaraan swasta dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.
👉Bantuan Bayaran Bersasat untuk peminjam kategori B40 bakal penerima BPR dan perusahaan mikro.
💖OPSYEN 1: tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan atau
💖OPSYEN 2: pengurangan ansuran bulanan 50% selama 6 bulan
👉Bantuan bayaran bersasar untuk peminjam kategori M40 (peminjam perlu membuat 'self-declaration' pengurangan pendapatan untuk mendapatkan bantuan bayaran balik.
👉 Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup (dinaikkan daripada 2,500 kepada 3,000 ringgit bagi perbelanjaan berkaitan sukan.
Waaa, nampak macam banyak nau je lagi duit kerajaan walaupun ekonomi merosot. Sedih je rasa dengar belanjawan kali ni. Tapi lagi sedih jika kita di kalangan mereka yang terjejas. Belajar berjimat. Masa ni ujian kita dahulukan mana keperluan mana satu kehendak. Kan?
ReplyDelete