Pelajar Terkandas untuk Sambung Belajar, Ramai Rakyat Hulurkan Bantuan - Azwar Syuhada

Saturday, 3 October 2020

Pelajar Terkandas untuk Sambung Belajar, Ramai Rakyat Hulurkan Bantuan

 Salam to all readers,

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu. This week memang aku duduk rumah sahajalah memandangkan kes Covic-19 naik mendadak. Dengan orang sibuk pilihan raya lagi waktu Covic-19 ini. Tengok siaran langsung DG Hisham annouce perkembangan Covic-19 hari-hari pun, nampak gila dia dah penat. 


Orang atas sibuk berkempen, rakyat menuding jari. Dulu cakap lain sekarang buat lain gitu. Ini bukan masanya menuding jari, menyumpah seranah orang. Kita harus mengamalkan konsep #KitaJagaKita. Elakkan pergi ke tempat yang sesak, pakai mask, dan kerap cuci tangan. Kena amalkan selalu selagi kita tak jumpa penawar Covic-19. 

Harini sepatutnya, hari pelajar membuat pendaftaran dan masuk semula ke kolej/ universiti. Disebabkan kes Covic-19 naik secara mendadak dan setiap negeri ada wakilnya maka terpaksa ditangguhkan. Paling kesian pada keluarga yang susah tak berkemampuan, drive dari jauh semata hantar anak nak mendaftar. Berapa tambang pergi balik, sampai-sampai kena arah balik semula. Sepatutnya dari awal lagi Menteri Kementerian Pendidikan cegah jangan buka universiti/kolej mahupun sekolah sampai penghujung December sehingga Covic-19 ini betul-betul hilang. Suka informed last minutes kepada student yang bazirkan masa, mak ayah yang dah berhempas pulas cari wang nak hantar anak pergi mengaji. Mana rakyat tak marah??


Sebagai contoh yang mengaji dekat UniKL, yang tinggal menyewa. Duduk merantau negeri orang off course nak kena menyewa, hostel untuk 1 sem sahaja kalau nak duduk lama kenalah aktif. Menyewa kau ingat free? Sewa rumah range dekat KL ini RM250-RM500 juga. First masuk dah kena bayar 2 + 1 bulanan. Kalau dapat tuan rumah okay, dia pulang balik tak jadi, ada tu burn je. Kau rasa. Nak masuk rumah permulaan je dah cecah RM700 (sekepala). Itu baru settlekan tempat tinggal, yuran pengajian, duit makann minum tak masuk lagi. 


Malam tadi twitter dibanjiri dengan rakyat prihatin yang ingin menghulurkan bantuan pada pelajar yang terkandas. Pada mereka yang tekandas yang betul-betul dalam keadaan terdesak boleh dapatkan bantuan di sini. Jangan sesekali mengambil kesempatan dalam kesempitan, jika anda-anda betul-betul student yang kesempitan kewangan, nak balik naik bas tak ada duit, nak makan tak ada duit bolehlah DM. 







Sebenarnya banyak lagi, masyarakat kita tampil menghulurkan bantuan. Maybe korang boleh gunakan hastag #KitaJagaKita. Terharu tau tengok ramai juga masyrakat yang peka dan masih prihatin. Aku tumpang RT tweet bantuan ini, supaya ramai student boleh nampak. Ada yang sanggup hulurkan bantuan kewangan, tempat tinggal dan bekalan makanan, sponsor tiket balik ke kampung pun ada. Pada mereka yang menerima gunalah sebaik mungkin.


Semua ganjaran pahala buat mereka yang menghulurkan bantuan. Jom sama-sama kita cegah Covic-19. Pakai pelitup muka, elakkan pergi tempat sesak, dan kerap cuci tangan okay. Kurangkan memaki hamun orang nak dapat dosa.


Mungkin, student dah kena siap sedia selepas ini kemungkinan besar kena mengalami proses pembelajaran secara atas talian. 

#KitaJagaKita 


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!