Proton X50 Kini Jadi Trending dengan Spesifikasi Moden Terkini SUV Kedua - Azwar Syuhada

Wednesday, 16 September 2020

Proton X50 Kini Jadi Trending dengan Spesifikasi Moden Terkini SUV Kedua

Salam to all readers,


Semalam buka facebook penuh orang share gambar Avatar. Tengah malam tadi buka Twitter nampak pula Proton X50 dah launch dekat China. Buat julung kalinya Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) memperkenalkan kenderaan utiliti sukan atau Sport Utility Vehichle (SUV) iaitu Proton X50 selepas Proton X70. Majlis pelancaran ini berlangsung di China dan dilancarkan oleh Gelly Binyue. 


First time dalam sejarah jugalah design, pilihan warna, rekaan dalaman dan luaran Proton X50 ditunjukkan kepada umum sehingga membuatkan Rakyat Malaysia terpegun. Cantik gila design dalaman. Kalau kutahu nak keluar tahun depan aku hold dulu beli Saga. Syabas Proton. Sungguhpun, negara kita masih alami wabak Covic-19 ada juga berita gembira buat Malaysia. Tahun 2018, Proton keluarkan X70, tahun lepas Proton Saga Premium, 3 bulan berturut-turut laris habis. Kaya rakyat kita sebenarnya.


Tahun hadapan, jangan terkejut semua melaram Proton X50 pula atas jalan raya. Ramai dah ejen-ejen kereta Proton dah start up gambar Proton X50, mana taknya hanya bayar duit booking RM500 engkorang berpeluang memiliki Proton X50. Cepat booking, cepat dapat.


Gambar Proton X50 yang Tular di Media Sosial: Tampil dengan Begitu Menawan





Boleh lihat diatas ciri-ciri Proton X50 dan pilihan warna yang disediakan. Lepas ni tiada lagi isu parking salah sebab Proton X50 mendorong untuk parking sendiri secara auto. Hanya klik punat butang disediakan kereta terdorong masuk parking. Kau rasa? Mengancam ke tidak. 


Dengar-dengar kereta ini bakal masuk Malaysia pada awal tahun hadapan. Bab harga, aku tak sure, seperti digembar gemburkan Proton X50 starting price RM75k ke RM95k. Nantikan sahajalah pengumumman akan datang dari Proton sendiri.


Aku tak minat kereta sangat pun, tapi design Proton X50 kalini confirm cantik. Syabas Proton menjulang nama Malaysia sekali lagi. Siapa yang dah kenan tu, cepat-cepatlah booking dengan ejen Proton. Tahun ini larislah income ejen-ejen kereta Proton. Jualan mask dah habis, sekarang lariskan kereta Proton X50 pula. 


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!