Kedai Pokok Bunga Murah di Banting, Selangor - Azwar Syuhada

Saturday, 19 September 2020

Kedai Pokok Bunga Murah di Banting, Selangor

 Salam to all readers,


Last week aku balik Klang, sempat teman mak aku ke kedai bunga. Selain menjahit, tanam pokok bunga pun memang hobi dia. Aku dulu pernah gak try tanam pokok cili sudahnya tak tumbuh-tumbuh pun. Rumah aku kalau korang datang dapatlah melihat keindahan pokok bunga kertas dan orkid. Arwah atuk dengan nenek juga memang kaki menanam pokok juga.


La ni mak aku tengah syok menanam pokok sayur, bayam brazil, serai, baru tumbuh pucuk sikit kucing aku dah tidur dalam dia punya tray. hahaha....Datang kera pula dia berbuai atas pasu orkid macam hayun buaian. Lagi kita pandang, lagi kuat hayunan dia. Saje buat orang marah. Aku takyah pergi zoo pun, rumah ada kucing, kera, ayam belanda, biawak pun ada. Cuma unta tak ada lagilah.


Cousin aku nak kawen bulan 12 ini dekat rumah so mak aku pulun tambah pokok. Dalam sejarah dia naik kereta aku drive. Kalau tak haram dia nak naik aku bawa, sepanjang bawa mulut dia macam biasa tak pernah berhenti bawa line kiri, jangan laju sangat. Walhal aku bawa kereta 60 je pun. Keluar awal pagi takut kereta banyak kalau masuk tengahari. Kedai bunga dekat pekan Banting, Selangor ini memang dah lama ada dari zaman aku kecil lagi. Dulu kedai bunga ini kecik je, sekarang dah tahun 2020 makin lama makin besar gila empayar kedai bunga dia.


Kalau ikutkan banyak juga kedai bunga yang dah buka dekat Sijangkang dekat dengan rumah tapi mak aku kata sana mahal lepas tu layanan acuh tak acuh. Kalau dekat kedai bunga pekan Banting ini, nyonya tu dah kenal, bunga lagi banyak, boleh dapat harga lagi murah, layanan first class katanya. Memang pun nyonya kedai bunga pekan Banting ini memang rajin melayan customers. 

Pelbagai Pilihan Pokok Bunga dan Warna Menarik di Pekan Banting Selangor

Masuk-masuk je dah boleh dapat lihat pokok bunga bersusun di hadapan pintu pagar. Mostly yang dekat depan tu pokok bunga ros, bunga raya, pokok ala-ala dekat tanah sejuk. Bunga raya je hidup dekat rumah aku. Kalau pokok bunga ros baik pandang je dekat kedai. Bawa balik tanam selang berapa hari tak hidup dah. Walhal sedut iklim yang sama.

Mak aku tanam pokok dekat luar, dia tak berkenan tanam pokok dalam rumah yang kini menjadi trending masyarakat. Memang cantik nak menjaga payah tambah-tambah rumah kampung banyak debu, takut si panjang pula duduk. Kedai pokok bunga pekan Banting ini memang agak popular, memang ramailah datang, parking pun senang. Ia betul-betul berhadapan dengan hospital Banting. Kalau datang awal boleh parking betul-betul depan kedai, senang sikit runner dia angkut barang letak bonet kereta.

Pokok macam nilah aku kata tak perlu beli. Cantik dipandang dekat kedai je, balik dah layu. Tanam pokok kena caranya. Mostly pokok yang mak aku beli pun pokok bunga orkid. Ada masa aku tunjuk nursery mak aku. Tempat letak orkid dah berapa kali tumbang ganti baru. Disebabkan angin kuat, kera hayun. Macam onak dan duri nak menanam pokok.

Pelbagai jenis pasu bunga boleh dapatkan disini, nak kecil, besar, kosong bercorak semua ada. Baja pokok pun ada, nak lebatkan bunga, hilangkan serangga semua ada. Sambil tunggu parent cari pokok boleh je lepak dekat depan ada kerusi sambil beli ice cream. Tengok orang tanam pokok ini best, lagi-lagi time pokok tu dah berbunga banyak.

Tok cik aku dulu time dia sihat, dia pro gila kawin pokok bunga kertas. Ingat manusia je boleh berpasangan? Pokok bunga kertas pun bolehlah, tak percaya? Maksud aku if pokok bunga kertas tu warna ungu sahaja, satu lagi ada warna putih, dia ambil pucuk bunga kertas berwarna putih tu gabungkan dengan pokok bunga berwarna ungu. Seletib dan bungkuskan dengan plastik. Ambil masa berminggu juga untuk eksperimen untuk mengahwinkan bunga kertas tersebut. Banyak jugalah dia buat dekat pokok bunga mak aku. 

Baja betul-betul berada di hadapan kaunter. If korang tak tahu apa-apa mengenai pokok bunga, boleh je tanya dengan nyonya (tuan kedai dekat sini) Dia memang tak lokek ilmu. Kalau weekend anak dia turun padang tolong mak dia usahakan kedai. 




Belah belakang dah banyak pokok-pokok kesihatan, pokok buah. Aku pun tak tahu apa nama pokoknya. If korang sekitar Selangor dan memang minat dengan pokok bolehlah ke kedai ini tambah koleksi pokok. Tak menyesal punya. Haritu datang pun teman mak aku beli baja bunga satu tu pokok bunga aku. Tak surelah kalau mak aku dah alihkan dalam pasu ke belum.




Pokok janggut tu pun aku ada dekat rumah. Nama pokoknya aku dah tak ingat air apatah. Pokok hidup okay, nantilah nak beli pasangannya pokok lain pula. kalau dah tanam, jangan lupa siram pula. Kedai pokok ini kedai berhantu jugalah pada mak aku, datang konon nak beli baja, sekali terangkut pokok bunga juga 1. Tak sah kalau tak beli katanya. Nak pergi bukan senang katanya. 


Tu sahaja nak menyembang. Happy weekend guys!


Thank you for reading!



6 comments:

  1. bestnya pergi ke nursery... seronok tengok segala pokok yang ada...
    geram tengok pokok ros tu... cuma sekarang akak dah tak boleh beli lagi, tempat nak letak takde hehehe... dugaan betul

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka pergi nursery macam ni tapi selalunya cuci mata je. Tak pandai and tak rajin sangat nak menjaga.

    ReplyDelete
  3. dekat mana ya kedai dia dbanting ni

    ReplyDelete
  4. boleh share kt mne kedai bunga kat banting tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Langat, just type Hospital Besar Banting Kuala Langat. Dia betul2 depan hospital

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!