Salam to all my readers,
Bagi membiasakan diri ini dengan new interface blog ini kenalah rajin up blog. Aku sebenarnya banyak benda nak share dekat sini cuma tak berkesempatan. Aku tak suka menulis time aku marah, nanti semua benda tak baik terkeluar. So kena cari mood happy barulah okay. Sungguhpun kita tak dibenarkan ke luar negeri, tak bermakna kita tak boleh keluar menghiburkan diri sendiri. Keluar dari kesibukan dunia, orang ramai, tengok nature tenangkan hati.
Selepas balik dari Janda Baik haritu, Wan text lagi ajak aku berkelah minggu seterusnya. Aku okay jerlah kan. Lama juga tak ber picnic. Wan kata haritu pergi Janda Baik dapat mandi sungai kejap je tak puas katanya. Sehari sebelum nak pergi dia tanya lagi confirmkan aku pergi ke tak dia nak datang fetch dekat rumah. Aku okay jelah. Dia punya semangat Wan ni malam tu dah siap-siap masak sambal nasi lemak. Aku suka pergi tempat-tempat nature macam ni, tapi mandi tu taklah minat sangat, tambah-tambah sekarang musim air pasang. Kena lebih berjaga-jaga tambah-tambah yang bawa anak kecil.
Kami bergerak dari KL ke Hutan Lipur Lentang sekitar pukul 8.00am macam tu, sampai dalam pukul 9.00am. Memang awal jugalah kami sampai bagi merebut tempat yang elok untuk bersantai. Kalau pergi tengahari dah tentu panas, nak dapat tempat teduh belum tentu ada lagi. Kebetulan pada waktu aku pergi tu memang mostly Selangor dan KL tiada air pula, memang ramai berturun tangga dekat Hutan Lipur Lentang ni.
Tempat ini famous juga, disebabkan Covic-19 haritu nampak tak berapa selia sikitlah persekitarannya. Mujur port kami pilih okay bersih, air sungai dia jernih sahaja. Sekitar pukul 10.00am macam tu orang dah start ramai, ada family besar, kawan-kawan beriadah dekat sini siap buat bakar-bakar lagi. Make sure lepas makan kenalah bersihkan semula. Nama pun tempat awam, guna bersama kenalah kemas bersama. Jangan ingat ada tukang cleaner dekat situ, sampah buang merata.
Wan punyalah semangat nak ber picnic macam-macam dia masak, nasi lemak ada bihun goreng siap udang besar-besar lagi. Datang aku bawa perut kosong. Jangan jadi seperti aku okay. Wan dengan aku minat tempat macam ni, tenang, tak ada pencemaran bunyi, release stress. Weekdays kita dah hadap dengan bebenan kerja, kerenah orang so weekend is the best time for yourself.
Tempat macam ini kalau pergi ramai-ramai lagi best sebenarnya. Lagi happening. Aku last berpicnic pun waktu aku sekolah menengah kalau tak silap. Siap buat BBQ dekat sana. Banyak je tempat menarik dalam daerah kita boleh kunjungi, tak payahlah murung tak dapat ke luar negeri naik fly. Habis Covic-19 nanti kau nak kutub utara pun boleh.
Dalam pada menangani isu Covic-19 ini, isu orang beriadah bawa basikal dekat highway pun kenalah dikawal juga. Tak kisahlah kau artis ternama, influencer sekalipun tak payahlah bawa basikal dekat highway. Disebabkan orang ternama bawa basikal tengah highway ramai masyarakat jadikan ia satu trend. Pulun membeli basikal beramai-ramai lepas tu bangga bawa dekat highway. Kalau yang bawa sebab ikut trending semata-mata baik bawa dengan taman perumahan tak pun dekat sekitar yang ada laluan berbasikal dekat pantai. Kalau sesuatu berlaku kau menyalahkan yang pembawa kenderaan walhal kau sendiri cari penyakit.
Aku bukan tak pernah bawa basikal aku dah puas berbasikal dari zaman sekolah rendah sampai menengah sampai kerja part time pun aku bawa basikal juga. Cuma basikal aku harga cikai sahajalah taklah sampai beribu. Laju pun laju potong kenderaan dekat lampu merah. Tak lawak okay!
Asal isu basikal keluar? Sebab keluar paper ada yang eksiden, aku balik kampung orang bawa basikal tengah-tengah jalan macam pelumba basikal. Kalau kau memang pelumba basikal ada latihan aku boleh accept la juga sebab ada pengiring. Kalau semata-mata beli basikal bawa tengah jalan, record video, ikut trending baik jangan cari bahana. Sayangilah nyawa anda!
Maya Karin Challenge FAILED! Air tak sampai kemuka, mata dah tak boleh buka sebabkan matahari betul-betul atas kepala. Wan dengan aku rasa puas gila lepak dekat HUtan Lipur Lentang ini sebab dapat beremdam dari pukul 9.00am sampai pukul 1.00pm Semua masakan Wan licin dimakan oleh kami bertiga, Wan, suami dia dan aku. Memang cukup-cukup walhal dia masak dalam kuantiti yang banyak.
Tips untuk datang berkelah di Hutan Lipur Lentang atau mana-mana Air Terjun;
1) Bertolak awal pagi dan sampai awal pagi di destinasi
2) Sebab apa? Boleh pilih port baik untuk bersantai bersama keluarga, kawan-kawan
3) Cari tempat yang dekat dengan toilet, senang lepas habis mandi-manda boleh perkemaskan diri
4) Bawal bekalan dari rumah seperti nasi lemak, bihun, nugget pun okay
5) Kalau dah berendam terlalu lama pasti perut lapar punya! So bawa bekalan makanan yang mencukupi. So jimat tak perlu makan dekat luar.
Thank you for reading this entry!
Seronoknya. Lama sangat-sangat tak pergi mandi-manda..
ReplyDelete