Last week balik Klang sempatlah pergi makan-makan dekat rumah pak saudara sorang. Masuk rumah dorang siap ada kena scan barcode MySejahtera lagi. Perghh.. hahaha..Tak ramai mana pun orang kecil--kecilan sahaja. Lepas makan terus balik. Masing-masing dah besar, yang dulu aku tengok kecik je sekarang dah besar-besar, dah nak masuk alam pekerjaan dah. Cepat betul masa berlalu.
Aku balik Klang, macam-macam nak makan sebab kalau nak buat dekat rumah sewa ini sangat terhad barang yang ada. Oven pun tak ada. Bila balik, main utama mak aku ada. hahaha... Kalau aku balik semngat benor dia nak masak. Baking burn cheesecake ini buat pun tengah malam lepas balik rumah saudara.
Saje tempek sini sebagai kenangan. So jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan buat burn cheesecake ini. Aku dah lama teringin nak buat untuk makan. Banyak orang share dekat facebook, twitter pun ramai orang duk share. Nak beli mahal sangat sedap belum tentu lagi. Nak buat burn cheesecake ini kena banyak tengok resepi orang lain macam-macam versi ada, yang penting ambil paling simple dan bahan tak banyak.
250 gram cream cheese (biarkan suhu bilik selama 10 min)
200 ml whipping cream
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil lemon juice (hilangkan bau telur)
1 biji kuning telur (gred b)
2 biji telur (gred b)
baking paper
loyang saiz 7 (cukuplah untuk sekali makan)
Benda ini paling senang nak buat sebab bila dah sukat bahan siap-siap, kita boleh mix sekali, lepas tu masuk dalam loyang bakar. Siap!
Kalau nak cantik masukkanlah satu persatu bahan-bahan tersebut mix ikut peringkat-peringkat pun dah okay. Bila dah sebati boleh masukkan dalam loyang, ratakan baru masuk oven. Kemudian bakarlah dalam 30min, tengok dah terbakar ke tidak permukaannya tu. Dah siap boleh keluarkan bagi sejuk, esok pagi baru potong. Potong panas-panas nanti tak menjadi.
Hasilnya. So nyummy...
Thank you for reading!
lama dah nak try buat ni tapi asyik malas je. sampai kesudah tak try lagi.
ReplyDelete