Rak Kasut Serendah RM15 di Shopee Pengganti Rak Tudung - Azwar Syuhada

Saturday, 11 July 2020

Rak Kasut Serendah RM15 di Shopee Pengganti Rak Tudung

Salam to all readers,

 | Rak Kasut Serendah RM15 di Shopee Pengganti Rak Tudung | Sebenarnya dah lama plan nak beli rak macam ini nak gantung tudung macam dekat kedai. Sebelum lipat elok-elok masuk kotak, bila nak cari punyalah payah nak punggah.Lagi-lagi tudung nak pakai belah bawah sekali, satu kerja nak susun baik-baik semula yang belah atas. Kalau dah rushing sangat memang guna mana yang ada depan mata je. Walhal banyak tudung yang lagi match.

So solution nya, shopping haul di Shopee la jawabnya. Search sahaja rak kasut nanti bersepah keluar. Kalau ikutkan tak kukuh mana pun kalau nak jadikan rak kasut, better letak tudung sebabnya ia ringan. Kalau nak letak kasut pun letak port paling bawah.

Balik-balik kerja terus pasang, aku minta abang JnT letak dekat guard senang aku ambil balik kerja. Sebaik dia mengikut arahan buatnya dia suruh pick up dekat store satu kerja pula nak ke sana weekend. Biasalah perempuan konon tak ada tudung, walhal dalam almari penuh menimbun, saje nak tambah koleksi. Bila susun macam dekat kedai senang sikit nak pilih, nampak semua colour nak matching dengan baju. Tapi bila susun dekat luar ini kenalah rajin tengok takut berhabuk pula.

10 penghadang pun tak boleh muatkan koleksi aku punya tudung lagi terpaksa timpap-timpap sikit bahagian belakang. Mostly aku guna kalau keluar rumah. Bila susun macam ini jimat space. Box sebelum ini isi tudung boleh aku letak underwear aku. hahaha... Punyalah azab nak ambil tudung sebelum ini. Sekarang masalah setel, nampak lagi kemas bila disusun rapi macam ini.

 Kelebihan Rak Kasut Pengganti Rak Tudung

1) Senang susun dan mudah nak pilih
2) Aturan lebih kemas seperti jual di kedai
3) Boleh susun ikut warna atau colour pensel
4) Murah!

Nak beli? Boleh refer link bawah ini;

https://shopee.com.my/shop.ready.stock?v=de9&smtt=0.0.3

Thank you for reading!

6 comments:

  1. wah bestnye,nanti nuna pun nak beli jugak satu.

    ReplyDelete
  2. wahhh kreatif. mcm kena beli jugak ni

    ReplyDelete
  3. menariklah. ni kalau gantung tudung semua ni mesti tak cukup 1 rak hehe

    ReplyDelete
  4. meriah laa lepas ni sangkut tudung. uhuhu

    ReplyDelete
  5. dulu akak pernah buat gini tapi lama-lama senang berhabuk... itu akak prefer simpan dalam rak atau almari bertutup

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!