How your weekend today? Bila bermalas-malasan dirumah dia rasa cuti weekend kau panjang je. Cuba kau merayap keluar Sabtu Ahad rasa kejap gila weekend tu. Memandangkan minggu sebelum ini dah berturut-turut tak duduk rumah. So this week duduk rumah jerlah weekend ini. Tiap-tiap minggu buat pelaburan kau pikir kau anak orang kaya. Cuma malam tadi aku pergi makan dengan family aku dekat Serai, Paradigm Mall.
Lama tak keluar sama. Si abang whatsapp dalam group ajak keluar makan. Aku okay jerlah kan jumpa dekat mall terus memandangkan minggu ini aku tak balik Klang. Okay je sana nak pergi mesra transport awam. Onn jerlah. Kebetulan birthday si bang juga semalam tu pergi makan. Kalau ikutkan lama jugalah tak keluar makan sama sejak PKP. Berbuka sama pun tahun ini pun sekali je kalau ikutkan sebab aku tak balik Klang masa bulan puasa haritu.
Semalam turun LRT Kelana Jaya terus order grab ambil walhal ada bas rapid. Malas nak tunggu, ikutkan nak habiskan e-wallet aku dalam grab tu. Haritu topap sebab beli barang grocery tak silap aku. Okay here you go, jom tengok restoran kami menjamu selera malam tadi. Ikutkan ini kali kedua aku makan dekat sini. First tu mak usu bawa kami semua, kalini pergi makan tanpa moksu. hahaha
Bolehlah datang sini siapa yang ingin menjamu makanan panas melayu. Restoran Serai Paradigm ini juga dah patuh new normal dengan scan barcode, pakai handsanitizer. Penting restoran dia tak crowded. Selesa bak hang. Malam tadi boleh tahan full juga restoran ini orang datang makan. Yalah semua dah boleh bawa keluarga keluar rumah. Surau dekat mall ini temporary close lagi setakat ini. Kena solat dirumah.
Sebaik pergi semalam ada lagi tempat kosong. Boleh je nak order sendiri-sendiri makan. Malam tadi decide ambil lauk makan sesama. Ikan masak steam, sotong goreng tepung, rendang daging, sayur kangkung goreng belacan, butter prawn. Tukang perhabiskan makanan aku jugalah lagaknya.
Daging masak rendang (lembut ya ampun dagingnya). Tak adalah liat sampai orang tertanggal gigi nanti.
Gambar muka masing-masing setelah kekenyangan. Lepas makan, aku minta abang aku hantar ke LRT Kelana Jaya beransur pulang ke rumah sewa. Btw tahniah juga dia baru confirm kerja. Mak aku excited citer malam tadi.
Lama juga tak bawa mak keluar jalan. Tak dapat bercuti tahun ini takpe, tahun depan ada lagi. Tahun ini kerjalah macam nak gila sikit, tahun depan baru plan cuti balik. hehe..
Okaylah, esok kerja dah, selamat bekerja semua!
Thank you for reading!
semua menu mabeles.... best nya
ReplyDeletesedapnyaaaa
ReplyDelete