Tahniah buat adik-adik yang dapat melanjutkan pelajaran mana-mana universiti, dengar-dengar keputusan UPU dah keluar. Dah dapat tempat tu belajar rajin-rajin okay. Punya lama tak sembang tempat belajar. Dari awal tahun lepas sampai sekarang ada juga adik-adik yang duk DM dekat twitter tanya berkenaan study di UniKL okay ke tak. Kadang-kadang tak perasan sebab message korang masuk dekat spam. So sorry! Kalau ikutkan mana-mana tempat belajar okay je dik, yang penting kau usaha nak majukan diri kau. Kalau kau malas, pergilah belajar luar negara sekalipun sama gak result nya.
Kali ini, aku nak kongsikan perihal senang ke dapat kerja bila habis study di UniKL? Mula-mula nak masuk tu cuak gaklah, ada ke orang nak ambil kerja lagi-lagi study dekat universiti separuh swasta yang mentaliti orang pikir anak orang berduit, belajar biasa-biasa je. Persetankan apa orang mengata kau anak orang ada-ada. Kau masuk je dulu, nanti kau tahu yang masuk tu budak ada-ada ke atau sebaliknya. Jangan aim aku budak pandai ya, aku study pun awal-awal tu kelaut juga, tengah-tengah baru sedar kena bayar duit mara barulah pulun study betul-betul jaga pointer. Sebelum tu, aku nak cakap aku fokus UniKL Business School la ya memandangkan aku mengaji dekat tengah bandar ini.
Kalau ikutkan, cari kerja ini bergantung pada rezeki masing-masing juga. Alhamdulillah, member-member aku yang sama-sama mengaji di UniKL semua dah berkerja tak seorang pun yang tercicir. Cuma negeri yang memisahkan kita, choi poyo nak mampus. Yang dapat jodoh dekat UniKL pun ramai. Tahniah!! Diam tak diam dah nak masuk 3 tahun aku tinggalkan zaman belajar dekat u, ni bermakna umur aku pun meningkat tua. Aku bersyukur jugalah, habis intern diserap masuk kerja, sambil tu cari peluang tempat lain, boleh je nak tukar tapi jangan terlalu kerap. Umur muda-muda ini kita follow the flow sahaja, bina kerjaya, gain money, bayar hutang, bahagiakan mak bapak kau dulu, Insyallah masuk 30 tahun stabil. Jangan nak enjoy je.
Masa intern dulu, semua geng aku balik kampung, aku je cari dekat KL. Sebab aku tak ada kenderaan nak gerak kalau balik intern dekat kampung. Paling-paling kena ada motor, motor pun tak reti bawa. Duduk KL sekurang-kurangnya ada LRT/MRT untuk bergerak tak pun naik grab. Kalau korang betul-betul nak cari kerja dekat KL, time intern tu korang dah memang intern di KL.
Peluang perkerjaan dekat KL ini banyak tapi kena tengok juga job scope dan company tu run apa. Berani try and error. Aku pernah je mengganggur 2 minggu sebelum masuk tempat baru. Dalam masa 2 minggu tu aku pergi cover event, penat nak mati takyah cakap. Jangan expect lepas habis belajar kau kerja gaji boleh dapat RM2000 ke atas, lagi-lagi kau tak pernah ada pengalaman kerja sebelum ini. If tempat intern kau serap masuk jadi pekerja kau continue je sungguhpun tawaran gaji dia bagi mendukacitakan. Sambung je, sambil tu cari tempat lain. Dapat better offer pergi, stay lama sikit tiba pengalaman. Kalau korang rajin, bolehlah apply kerja retail lepas habis waktu office hours.
Dekat KL ini ada orang buat okay. Nak sara hidup dekat tengah bandar ini tinggi, ada orang buat 2 3 kerja sebab nak kawin, nak sara keluarga, semua ada tujuan masing-masing tak terkecuali diri aku. Paling penting jangan sesekali compare diri kau dengan diri orang lain. Tengok member dah kawen, kau sibuk nak kawen, tengok orang berkereta kau nak berkereta, tengok orang melancong kau pun nak melancong. Kadang-kadang laman sosial ini banyak no menipu tak usah percayalah. Kau percaya pada diri kau nak buat usia 20-an ini. Boleh je nak enjoy, tapi berpada-pada.
CPSLink tempat intern and sambung kerja.
Peluang Bekerja di Ibu Kota Kuala Lumpur Banyak Tak?
1) Banyak je peluang pekerjaan di Ibu Kota Kuala Lumpur ini.
2) Kalau ikutkan tempat intern itu peluang terbaik untuk anda diserap masuk sebagai pekerja, attitude jaga, kerja jaga, disiplin jaga, sungguhpun intern yang korang anggap intern je pun tak ada siapa tengok. Sedangkan adanya mata-mata management yang melihat korang punya kerja dalam tu.
3) Grab je peluang yang ada sungguhpun tawaran gaji dia bagi ciput, nak demand pun susah. Tak payah menegakkan benang yang basah yang mengatakan korang ada Degree. Don't compare gaji tahun 2000 dengan sekarang. Tambah-tambah ekonomi merundum sekarang. Rata-rata yang bawa foodpanda, grabfood semua ada Degree Holder, no need to demand k.
4) Kalau rajin boleh juga buat kerja part time masa study dulu, nanti dalam resume boleh bubuh. Masukkan skill yang korang ada dalam resume. Tak perlu bazir duit tempah resume yang template lawa tu, buat je dekat word, yang penting content dalam tu mampu tambat hati majikan. Tambat-tambat juga penting skills tu make sure kena adalah. Pakat bubuh, bila suruh buat tak kial-kial pula. Sudah!
5) Rajin baca job scope dalam tawaran kerja di paparkan di Jobstreet, Mau Kerja, study background company because ada juga company scam. Budak-budak muda sering tergoda dengan tawaran gaji yang ditawarkan, bila masuk baru tahu semua tu bergantung pada komisen. Nak undur balik tak boleh.
6) Dah dapat kerja pula, jaga kerja elok-elok apa yang disuruh buatlah sampai dah habis probation dan diserap masuk. Sungguhpun dapat ketua annoying sekalipun tahan jerlah. Umur 20-an ini masa untuk kita tiba ilmu, tahan 2 3 tahun barulah lompat kerja. Kalau 2 3 bulan lepas tu lompat mesti orang tertanya-tanya nanti.
7) If kerja korang tu stress, cari masa untuk gembirakan hati sendiri.
8) Tawakal, jaga hubungan dengan mak ayah, Insyallah rezeki tu ada je.
Alhamdulillah, nak masuk 2 tahun aku dekat company ini. Walaupun awal-awal tu asyik rasa nak berhenti. Tahap stressnya tak boleh bawa bincang. Letih, stress, now okaylah nak kata best gila tu taklah.
Elakkan berkawan rapat dengan budak office. Boleh katakan dekat KL ini aku duduk sorang-sorang buat hal aku je. Lebih prefer roomate aku dari budak office. Cerita dekat office habis dekat office je, aku tak suka luar office dia nak tahu hal aku, aktiviti aku. Not your business. Paling penting, jaga diri, solat jangan tinggal, doa baik-baik untuk diri sendiri.
Apa yang penting, percaya pada diri sendiri yang diri korang sendiri boleh berjaya okay! Im not the best student, but I'm practice to improved myself.
Thanks you for reading!
All the best Azwar. Your name ni sebiji macam ada teammate kat kolej dulu. Huhu Tapi bila tengok muka bukan. Heheh
ReplyDeleteMat ri raya. ^^
alhamdulillah di permudahkan semuanya, dari U mana pun kalau memang ada rezeki kita insyallah mudah dapat kerja...
ReplyDeleteDone follow #3279
ReplyDeleteBetul, rezeki ada di mana2