Keindahan Perumahan Eco Grandeur Puncak Alam. Memang Cantik! - Azwar Syuhada

Sunday, 14 June 2020

Keindahan Perumahan Eco Grandeur Puncak Alam. Memang Cantik!

Salam to all readers,

Last week aku tak balik Klang, aku balik rumah moksu aku tolong dia kemas barang untuk di kitar semula memandangkan tak lama lagi nak pindah rumah baru. Dalam pada tolong kemas dapat jugalah hasil pampasan lepas menolong. Tudung selonggok, bag tangan, boleh bergaya pergi ke kerja. Kau hado? Yang ya sebelum ini lagi nak pergi, tapi tak ada masa. Memandangkan last week Sabtu halfday, Isnin cuti teruslah decide pergi rumah moksu aku dekat Subang.

Aku suka kawasan perumahan baru dia yang baru kali ini, ala-ala macam Mat Salleh macam cerita Boy Over Flower pun ada juga. Aku suka gila tengok kawasan perumahan cantik-cantik ini, tambah interior rumah pun cantik. Dalam facebook gigih aku masuk group Deco hias rumah, tengok orang deko dapur walaupun duduk rumah flat. Cantik wei kalau kemas elok-elok. Area Klang banyak je kawasan perumahan awal-awal cantik lama-lama tak terjaga nampak gayanya, macam Parkland, Rimbayu, Botanic, kalau lalu lalang tu dah sama tinggi dengan paras kereta. 

Kawasan perumahan makcik aku di Eco Grandeur. Rupanya banyak dah kawasan perumahan Eco Grandeur ini di bangunkan, area Johan Setia tapi code Telok Panglima Garang? Maigad, jauh ya ampun siapa yang letak kawasan tu sebagai Telok Panglima Garang. Sebelum PKP haritu dalam awal bulan 2 aku dengan adik saudara pergi studio jual baju terpakai ini area Johan Setia lalu area kawasan perumahan Eco World sana. Memang cantik.

Nak tengok ke?

Tada, konsep perumahan Eco Grandeur ini rumah ala-ala semi-D tapi ada style. Memang tak berpagar, memang patern macam ini sekarang, guard ada depan, ada pusat gym, taman permainan, dan ruang solat dekat luar untuk kegunaan umum. If ada saudara mara ramai nak datang, bolehlah solat dekat ruang luar rumah sana. Tak jauh mana pun, jalan kaki sikit sampai dah. Ruang jogging, riadah dengan keluarga pun macam selesa gila. Ini kawasan perumahan Eco Grandeur dekat Puncak Alam.

Dia banyak patern. Tapi ruang dalam haritu aku masuk memang besar. Moksu aku tak official pindah lagi, sebab renovation belum siap sepenuhnya. Tambah PKP haritu semua tertangguh. Haritu singgah kejap sebelum pergi makan dekat rumah abang aku dekat Bukit Jeutong.

Ruang masuk kawasan ini, macam ada satu sudut ada air pancut dengan pokok-pokok. Kalau nak bergambar outdoor kawin pun memang ngam gila. Lawa nak mati. Haritu lalu ramai yang duk selfie dekat tepi-tepi pokok.
 Nah belanja lagi. Tengok rumah orang pun dah rasa gembira.


 Ruang belakang ini, ada ada ruang untuk orang rumah bercucuk tanam. Tak ramai orang menghuni area sini lagi. Tapi bestlah kalau duduk sini. Lepak dekat taman dia petang-petang pun syok haritu.


Cantik konsep sentuhan yang dibawa EcoWorld. Sesuai untuk yang dah bekeluarga. 

Nah fully taman permainan dia. Haritu datang kejap sebab moksu aku nak buat ukuran apatah belakang rumah dia. Lepak jap dekat taman,  last aku pergi taman pun sebelum PKP. Now dah boleh jogging macam biasa, tapi maybe pergi taman yang tak berapa ramai orang.


Inilah surau dan kawasan gym perumahan Eco Grandeur dekat Puncak Alam. Aku pernah masuk suraunya, bersih, bilik air pun ada. Petang-petang view memang cantik area sini.

So bila tengok rumah cantik macam ini, kena kerja lebih kuatlah untuk duduk rumah besar camni. Siapa pernah lalu sini? Cantik kan!

Jangan lupa pakai mask setiap kali pergi tempat terbuka okay. Lepas ini nak beli kain punya, memandangkan mask aku pun dah makin susut sekarang.

Tu jerlah aku nak share, konsep perumahan Eco Grandeur sini memang lawa!

Thank you for reading!

4 comments:

  1. Sis! saya teringin juga nak beli area ni, Rumah dalam RM178,000 hingga 190,000 ribu ada tak dijual? kalau lebih lagi saya tak mampu.

    ReplyDelete
  2. memang cantik cuma itulah, nak memilikinya memang tak mampu

    ReplyDelete
  3. Konsep mcm ni...mmg cantik...

    ReplyDelete
  4. seronoknya kalau dapat beli rumah macam nih
    cantik

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!