| Raya Kedua: Misi Cat Bilik Ala-Ala Minimalist | Hai korang, selamat hari aidilfitri semua. Mana yang tak dapat pulang ke kampung jangan bersedih okay, boleh facetime dengan keluarga via whatsapp or video call. Tahun ini punya raya betul-betul lain rasanya. Apa-apa pun, bagi mengurangkan rasa kesedihan tak dapat jalan beraya aku decide nak cat bilik pada raya kedua. Alhamdulillah, selesai juga operasi mengecat bilik petang semalam. Ambil masa 2 hari jugalah nak siapkan cat 1 bilik sahaja.
Masa MCO haritu ramai gila budak lelaki kemas rumah depa cantik-cantik. Kalah rumah perempuan. Aku suka tengok orang deko-deko rumah ini. Mana taknya suka berangan alangkah indahnya kalau ada rumah sendiri, lawa, kemas pula. Balik kerja penat-penat sampai rumah dapat cool sikit. Kalau rumah sepah, balik kerja dalam stress sampai rumah pasti bertambah stress. Jadi biarlah kemas. Sedap mata memandang. Yang aku cat ini bilik dekat rumah mak. Nak cat rumah sewa, menjerit pula tuan rumah. So jom tengok preparation aku nak cat.
Sebabkan PKP, cat pun beli online. Kali ini cat aku beli sendiri, previously suruh orang beli. Kali ini belajar beli sendiri. Aku beli cat dekat Bina Paint (facebook). Sebelum beli aku tanya dekat dia mana cat yang sesuai untuk dinding lembab, yang tak bercapuk. 2 tahun lepas aku cat, awal-awal dia okay, selang beberapa hari ada certain tempat dia jadi lembab macam ada kesan basah. Frust okay, penat cat tak hilang, tengok hasil tak memuaskan sakit juga hati. So, orang Bina paint tu syorkan aku untuk guna cat ini. Pilihan colour dia banyak juga dekat website. Cat putih kecil tu aku beli dekat kedai.
Banyak pilihan warna yang ada dekat Bina Paint ini. Yang bestnya, semua cat yang ditawarkan adalah anti kulat. Cuma kemasan akhir je berbeza, ada 3 jenis iaitu;
Bina Vinyl Sheen - Pantul Cahaya dan boleh lap
Bina Supercoat - Tak berkilat dan boleh lap
Bina Maxicoat - Tak berkilat dan tak boleh lap.
Aku beli jenis Vinyl Sheen (colour silver). Ini bukan sponsored post ya, ini memang keluar duit sendiri nak cantikkan bilik. Sekian! Cadang nak start cat lepas subuh, alih-alih pukul 11.00pagi baru start tu yang sampai 2 hari baru siap. Hari seterusnya dah pengsan sakit kaki. Huh!
Antara barangan yang di perlukan untuk cat:
- Cat
- Berus kecil dan sederhana besar seperti gambar di atas
- Roller
- Cermin mata
- Sarung tangan bagi mengelak cat tumpah dekat tangan
- Tempat letak cat
- Tina setelah selesai mengecat (lap tempat-tempat cat tumpah)
Sebelum mengecat, alihkan barangan yang besar-besar di tempat lain, buang habuk sawang-sawang atas kepala supaya nanti sapu cat tak adalah habuk melekat dekat berus.
Bilik sebelum colour pink, now colour silver. Okay jugalah hasilnya bila dah sudah. Ini dah masuk hari ketiga, tiada tompok, atau kesan lembab pada dinding. Hopefully bertahanlah naknya. Gambar duk gantung dekat dinding sebelum ini aku bawa turun dulu, cadang nak pasang hook dekat dinding. Tunggu aku turun IKEA nanti.
Nah hasilnya, warnanya aku suka. Sedap mata memandang. Kau tak suka ko punya pasal. Aku ambil half jerlah, orang kata tak elok tunjuk bilik pada umum. hahaha.. Okaylah, nak up gambar raya untuk next entry.
Aku ada good news juga nak kongsikan. Ada masa aku update nanti. Selamat hari raya dan selamat bekerja! Jangan lupa kerap cuci tangan dan jaga penjarakan anda okay.
Thank you for reading!
Niat dihati memang nak cat dinding jugak. Tapi bila anak dara gemar menconteng, tangguh dulu jawabnya. Seronok tengok orang deko-deko ni
ReplyDeletewah, rajin :)
ReplyDeletetime awal pkp ari tu, asben aida cat pagar luar rumah.
hmmm sampai burnt abis lengan dia dek panas.
masa tu cuaca kemarau skit kan. aida tak tolong la :) ha ha ah ha ha...
wahhhh rajinnnn!
ReplyDeleteRajinnya..
ReplyDeletewah lawa jugak hasilnya. Harga okay di Bina Paint tu tak?
ReplyDelete