| "New Norma" bagi Pengguna Perkhidmatan Train, LRT & MRT Bermula Esok | Aku akui ramai diluar sana yang masih tidak berpuas hati dengan annoucement yang terbaru dari PM kita baru-baru ini dimana bermula esok 4/5/2020 masing-masing diberi kelonggaran untuk keluar bekerja. Aku tak menyebelahi mana-mana pihak, setiap keputusan yang dibuat pasti dah matlamatnya. Tapi, ialah rakyat Malaysia masing-masing sibuk menjadi hakim. Waktu kerajaan, bila bagi bantuan masing-masing bersorak, suruh duduk rumah ada yang liat duduk rumah, bila suruh keluar 1 kampung di ajak keluar. Bila suruh keluar bekerja masing-masing menegakkan benang yang basah. Tepuk dada tanya selera.
Kalau diikutkan memang terlalu awal, kelonggaran dikeluarkan tapi ini semua bergantung kepada usahasama rakyat Malaysia sendiri. Dalam pada nak membanteras wabak covic-19 kita kena usaha balik naik ekonomi Malaysia. Stop blame Kerajaan tak bertimbang rasa, takpikir keselamatan orang, STOP sebarkan perkara yang tiada kesahihan. STOP sebarkan kluster LRT, kluster food court, kluster Jakel, dan macam-macam lagi. Sebabkan posting anda sendiri boleh menyebabkan orang nak keluar jadi takut. Be positif!
Start esok siapa yang menggunakan perkhidmatan train, LRT/MRT/ Monorel harap dapat memberi kerjasama dengan ahli prasarana, ikuti garis panduan yang diberikan. Jangan berebut-rebut naik LRT, pastikan anda memakai mask, hand sanitizer, paling penting jaga penjarakan sosial. Kita tak tahu orang keliling kita dari mana. Apa-apa be postif okay. Sama-sama kita jaga antara 1 sama lain.
Hopefully, majikan juga harus memberi kelonggaran kepada staff yang menaiki pengangkutan awam. Mungkin akan berlaku kelewatan masuk office sebab ada dengar akan ada scanning terlebih dahulu sebelum korang masuk dalam train, dan orang yang masuk train wajib pakai mask baru dibenarkan naik. Siapa yang tiada mask lagi, bolehlah beli dekat Speedmart99 yang berdekatan, sekotak RM59 (50 keping).
Jika majikan korang memberi kelonggaran bekerja dari rumah, buatlah pilihan yang wajar. Jangan pula ambil peluang menaiki train untuk merayap tanpa hala tujuan. Keluarlah bila betul-betul perlu. Pada mereka yang 100% menggunakan pengangkutan awam, jaga diri okay. Sama-sama kita usaha dalam new norma ini. Doa sahaja yang baik-baik.
3 Perkara yang WAJIB Anda Ambil Tahu Bila Menaiki Train;
1) Pakai mask
2) Pakai hand sanitizer
3) Jaga penjarakan sosial
Masing-masing dah jalankan tugas, pada mereka yang keluar bekerja esok. Hati-hati okay.
Gambar & Sumber di petik: Twitter MyRapidKL
Thank you for reading!
semoga Allah permudahkan urusan semua yang bekerja dan berada disekitar. Jaga penjarakan sosial semua kawan2, gunakan face mask & kerap cuci tangan.
ReplyDeletekalau kerajaan dah bagi kelonggaran,maka kita pun turutkan sbb kerajaan mesti dah bincang dgn ramai pihak dulu sebelum buat keputusan kan... jadi bila dah ada kelonggaran semuanya terpulang pada diri kita sendiri rakyat. Kerajaan dah buat apa yg diaorg boleh,ni la masanya utk kita buat kerja kita pula...
ReplyDeleteInshaAllah stay safe semua
ReplyDelete