Day 10: Order Juadah Berbuka Puasa di Restoran Hayaki Menerusi Grab Bazar - Azwar Syuhada

Thursday, 7 May 2020

Day 10: Order Juadah Berbuka Puasa di Restoran Hayaki Menerusi Grab Bazar

google
| Day 10: Order Juadah Berbuka Puasa di Restoran Hayaki Menerusi Grab Bazar | Puasa hari ke-10 haritu aku dengan housemate aku decide beli makanan sahaja. Sebab masing-masing nak rehat haritu. Punyalah scroll IG,Twitter, apps bazar, mostly tak masuk area tempat aku duduk ini. So, buka aplikasi Grab Bazar, accually ada ebazaar, yang jual makanan dekat bazar, macam nasi gopok, kuih muih, tepung pelita, mertabak. Pukul 4.00pm waktu tu boleh lagi, bila buka pukul 5.00pm tengok semua dah CLOSE.

Yang tinggal restoran yang available sahaja. So cari punya car, jumpalah 1 ini yang jual ala-ala makanan masakan Melayu gitu. Nak order fast food dah jemu. So, kita decide order makanan dekat Hayaki Restoran. Dia ada package yang disediakan. Haritu kiteorang order yang set untuk 2 orang makan.

Kiteorang decide ambil Combo Side A untuk 2 orang makan.

Antara menu yang ada untuk Ramadhan Combo A (2 pax) -Hayaki (Uptown)

1x Nasi Ayam Madu
1x Nasi Ayam Gepuk
1x Iced Bandung
1x Iced Teh Tarik
2x Dessert Box (Buah Kurma & Kuih Muih)
1x Keropok
FREE Satay Combo (8pcs)

Total set: RM45.90
Service delivery: RM6.50

Total: RM52.40

Overall puas hatilah dengan makannya. For me dia punya potion banyak gila, sedap pun sedap. Nasi Ayam Gepuk, memang betul-betul gepuk disalut pula dengan sambal pedas belada. Bila masuk mulut memang padu dia punya kepedasan dengan kesedapan. Biasa beli makanan macam ini dekat luar potion kita dapat tu taklah banyak mana. Had ini memang banyak. Kenyang pun kenyang.

Lepas terawih, baru pekenan Satay ini. Satay ini pun sedap lembut dia punya ayam. Cicah pula dengan kuah Satay dan nasi impit. Sedapp! Boleh rekomen dekat korang semua, mana yang order juadah berbuka puasa dekat Grab bolehlah survey makanan dekat Hayaki (Uptown) ini. For me berbaloi, sedap pun sedap. Masing terasa-rasa lagi kesedapan ayam gepuk dalam tekak ini. Nak order selalu bankcrupt pula nanti, sekali sekala tak mengapa. Boleh excuse!

Ini puding roti caramel, terbuat banyak haritu. Asyik simpan masuk peti. Jenuh nak habiskan. Moga minggu ini dapat dihabiskan dengan jayanya.

Harini cadangnya, nak masak ikan sumbat. Hopefullu menjadilah naknya. Amin.

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!