Alkisahnya, aku pantang orang post gambar makanan dekat twiter, ada orang share resepi. Tengok-tengok semua bahan ada dekat dapur, teruslah buat. Aku suka buang masa dekat twitter sebab info, isu semasa lebih pantas di twitter berbanding facebook. Facebook aku kerap buka jugalah. Instagram sahaja aku jarang buka, sejak Muck Jubucker ambil alih Instagram ini, dia jadi lembab macam Facebook juga. Paling terkesan, data aku cepat habis kalau buka Instagram. So kalau nak buka pun sekejap-sekejap je.
Aku lebih aktif di twitter, sebab boleh twitter boleh kongsikan apa yang kita nak. Gitu. Cakap sensorang, orang pun tak kisah mana. Nama pun media sosial, sharelah benda yang bermanfaat, jangan pula kongsikan kebodohan dah war-warkan kepada umum. Jelas kebodohan anda disitu.
Aku suka tengok satu budak ini dekat twitter dia rajin juga kongsi resepi. Azfarheri, gila-gila budaknya. Okaylah, cara penyampaian dia kognsikan pun tak membosankan, senang nak ikut.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Sankaya adalah;
1) 1 biji telur
2) Daun pandai 5 - 6 helai
3) Susu cair / kotak
4) Gula perang / gula melaka
5) Tepung jagung
Langkah-langkah untuk membuat Sankaya;
Langkah pertama: Basuh daun pandan, kemudian blend kan dia sehingga menghasilkan warna hijau. (ini main dia sebenarnya)
Langkah kedua: Panaskan periuk, masukkan telur, bubuh susu cair half (aku pakai susuk kotak bubuh half je)
Langkah ketiga: Kemudian, bubuh gula melaka / gula perang, kacau rata-rata, masukkan tepung jagung bagi pekat gaulkan rata-rata. Aku punya dah cukup awal-awal tu. Tapi silapnya aku pergi bubuh gula melaka seketul besar tak memesal kuah sankaya bertukar warna coklat.
Siap!
Sementara tunggu Sankaya menggelegak atas dapur bolehlah kukus roti atas dapur. Tak perlu lama-lama 20 minit cukup. Guna je roti buku kalau tak ada roti benggali tu. Penting kukus bagi lembut.
Awal tu memang kuahnya warna hijau, bila dah masuk gula melaka terlebih maka terhasil warna coklat. Apa yang penting sedap. Hasil buatan air tangan sendiri.
Bolehlah buat juadah minum petang. Siapa Craving Sankaya yang famous kat boat noodle tu bolehlah buat dekat rumah. Pejam mata siap. haha..Belagak pula dah menjadi.
Okaylah! Thank you for reading!
boley try nanti ^_^
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteTak pernah buat..tpi tengok resepi sis mcm mudah..boleh la try buat
ReplyDelete