Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan salam ramadhan al mubarak buat kaum Islam. Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama, macam mana hari ini? Okay? Pagi tadi aku nyaris-nyaris terlajak sahur, terjaga pukul 5.20am sempatlah telan kurma & minum air. Alhamdulillah kekal bertenaga sehingga nak berbuka.
Aku target untuk bulan Ramadhan ini aku mampu khatam Al-Quran la naknya. Setiap waktu paling-paling 5 muka surat. Moga dipermudahkan. Okay, seperti yang dijanjikan, hari pertama Ramadhan aku nak buat nasi jagung kan? Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga. Tadi petang lepas habis kerja, kira-kira pukul 5.30pm aku tanak nasi dulu, si Oyah prepare juadah makanan pula. Paling penting main makanan dia kena menjadi.
So nak ke Resepi Nasi Jagung Berlaukkan Ayam Masak Merah + Aca Timun ini?
Duduk berdua, masak macam 5 6 orang nak makan. Maigad!! Maafkan kami jarang masuk ke dapur. Tapi sejak PKP ini, alhamdulillah kami tergerak hati untuk belajar masak demi mengisi perut yang lapar. hahaha...
2 dish ini Oyah yang buat, tugas aku masak nasi sahaja harini. Yeahhh, mudah gila. If korang, nak buat ayam masak merah, senang sahaja. Tumiskan bawang putih bawang merah, dah garing masukkan lada mesin kacau hingga naik minyak, tuang cili sos, bubuh air, garam secukup rasa, taruk ayam yang digoreng tu. Gaul-gaul, siap!
Kami memasak menggunakan konsep, gunakan sahaja apa yang ada di dapur, nak tunggu barang complete sampai ke sudahlah dapur tu tak berasap. Aca timun patut letak cuka tau tapi rumah kiteorang ni tiada cuka gaul dengan bahan apa yang ada je la. Bubur garam, gaul rata-rata. Siap!
Nasi aku tadi ada bentuk bulat, tuptup dia tumbang maka tak terjadilah bentuk yang cantik.
Seterusnya untuk penyediaan nasi jagung pula, bahan yang diperlukan adalah daun pandan, bawang putih, minyak jagung, dan jagung dalam tin seperti gambar di atas. Mula-mula, basuhlah beras tu dengan air bersih. Kemudian tumis bawang putih, dan daun pandan menggunakan minyak jagung. Dah elok masak masukkan dia ke dalam periuk nasi yang berisi beras tadi, kemudian masukkan jagung dalam tin tu berapa banyak nak letak. Aku makan berdua so aku letak half dari dalam tin tersebut. Sukat air beras seperti mana masak nasi biasa. Masukkan dalam periuk nasi, tunggu dia masak. Siap! Maka, terhasillah nasi jagung.
Sagu gula mela ini senang je, panaskan air dalam periuk masukkan sagu dan air sirap. Kacau sehingga dia jadi bebola jernih dan angkat. Seterusnya panaskan air dalam periuk bubuh daun pandan, potong gula melaka 2 keping (saiz sedang). Kacau rata-rata sehingga gula melaka hancur. Salin dalam bekas lain. Nak dekat berbuka, pergi ambil gelas isi ais batu 3 4 ketul, masukkan air daun pandan warna coklat perang tu, masukkan susu cair (kami guna jenama Ideal kalau tak silap), last kali masukkan biji mutiara sagu pink colour tu ke atas. Kacau dengan sudu, dan hirupkan dengan penuh mengiurkan. Nikmat rasanya.
Esok rancangnya nak masak ayam percik, harap-haraplah blender aku beli dekat Shopee sampai sebelum pukul 2.00pm esok. Sekali lagi, Salam Ramadhan Al Mubarak semua, moga puasa kali ini lebih barakah orang kata. Kurangkan kontroversi tingkatkan pahala. Aikk, macam tak kena je.
Thank you for reading!
salam ramadhan dan slmt berpuasa ^_^
ReplyDeleteWow bestnya. Nak cubalah untuk buka puasa nanti. Idea baru ni
ReplyDeletewah...sedapnya menu nya. terliur plak rasa tengok sagu tu. ok la tu. Asalkan semua orang kekenyangan.hehhe. Ayam percik? Fuh mericik la nnti. Selamat berpuasa
ReplyDeleteMeriah betul lauk2 untuk berbuka dia. btw saya ni mmg pengguna ayam brand dari dulu lagi.
ReplyDeleteMenyelerakan sungguh semua menunya..Nasi jagung nanti memang akan buat, puding sago tu pun sama, now baru 2 hari ni layankan aje menu anak-anak dulu..
ReplyDeleteAyam brand jagung viral ya sekarang. so unique the recipe of corn rice. kids must love it co its sweet
ReplyDeleteTengah-tengah puasa ni bila tengok menu sedap macam aduh cabar sungguh...
ReplyDeleteTengok ni nak buat sago gula Melaka lah esok untuk bua puasa... fav sis tu hihi...
ReplyDeletegood idea masak nasi jagung, bertambah idea untuk berbuka. thanks sharing
ReplyDeletewow. ohsem nyer lauk pauk, azwar.
ReplyDeletetq la for sharing. ada la idea aida nanti esok or lusa.
nasi jagung. then nak buat ayam masak merah jugak la. tiru abis la menu ni :) ha ha ha ha...
asyik nasi putih je, bosan ekk.
ari ni aida da buat nasi daging air asam utagha :)
Nampak sedap nasi jagung tuh. Mesti bertambah makan kan. Cara nak buat pun senang. Banti boleh try resipi nasi jagung ni
ReplyDeleteSelalu makan nasi jagung ni waktu kenduri orang je. Kat rumah ni kalau nak masak pun takde siapa makan. Tengok tempting sangat nasi jagung azwar. Hahahhaa komen siang2 ni telan air liur je kisahnya.
ReplyDeleteWah.. mcm sedap jer nasi jagung blm pernah buat lg nti kena cubalah.. kak anak ramai mmg pun kena masak utk berbuka jrg beli
ReplyDeleteNasi jagung!! Sedapnya teringat kat arwah tok wan kalau balik kedah mesti dia buat nasi jagung lauk ayam masak merah bagi kami makan. Rindunya
ReplyDeleteI didn't try this before! And would love to try!
ReplyDeleteSalam ramadhan..MEnariknya menu berbuka puasa . Nanti nak cuba lah nasi jagung tu :)
ReplyDeletealhamdulillah sedap betul tu. hehehe. saya tak pernah makan nasi jagung. nanti bleh cuba resepi ni.
ReplyDeleteSedapnya tengok. Terliur pulak.
ReplyDeleteMujur dah berbuka puasa. Kalau tak, memang teringin nak buat jugak.
Wah best nyer, i nak cuba masak nasi jagung juga. Nampak so menyelerakan.
ReplyDelete