Day 2 Ramadhan Menu: Nasi Putih, Ayam Percik + Terung Goreng Belada - Azwar Syuhada

Sunday, 26 April 2020

Day 2 Ramadhan Menu: Nasi Putih, Ayam Percik + Terung Goreng Belada

Salam to all readers,

Happy weekend guys, alhamdulillah dah masuk hari ke-3 kita semua berpuasa. Cadangnya, lepas terawih malam tadi nak update menu haredua, tapi tulah layan Korean drama terus tak buka laptop. Seperti yang dijanjikan, juadah hari kedua berpuasa semalam adalam Nasi putih berlaukkan ayam percik + terung belada. Simple but nice. Tak boleh buat banyak-banyak, nanti membazir.

Semalam pikir 2 tiga kali nak masak ayam percik ke tak, sebab aku tunggu blender aku tak sampai-sampai dekat Shopee. Lepas asar, cakap dengan Oyah, buat jerlah atas dapur guna barang apa yang ada. Tak kuah dia tak berapa mengancam dari segi rupa, kalau di blend kuah dia lagi pekat. Ini masak atas dapur dia nampak cair, tapi sedap je makan. hehe..

Syok tau, buka facebook lately, macam-macam orang share resepi masakan. Macam aku cakap, boleh je nak ber foodpanda tapi hari-hari ber foodpanda, rabak kocek kau yang ooi! Alang-alang dah beli lauk haritu, kita masaklah dirumah. Kesian dapur menangis tak ada orang guna. Aku tak share resepi ayam percik ini, korang boleh check dekat facebook macam mana nak buat ya nanti. Aku macam biasa, goreng terung belada.

Cara mudah Goreng Terung Belada:

1) Goreng terung dan ikan bilis dahulu (Settle ketepikan dahulu) 
2) Tumis bawang putih bawang merah
3) Masukkan lada tunggu dia naik minyak bubuh air, air asam, garam secukup rasa. 
4) Masukkan terung dan ikan bilis gaul rata-rata.

Siap!


Gambar atas adalah edit, gambar bawah ini the real view. Kalau tiada idea nak buat juadah apa boleh la try Ayam percik ini, sedap ooo. Selain celup dengan ayam bakar, boleh bakar ikan cencari makan dengan kuah percik ini. Perghh, syahdu makan time berbuka wei. Tak percaya cuba masak.

Pengajaran yang kita dapat bilamana bazar tiada tahun ini, kita dapat mengurangkan pembaziran. Kita dapat belajar masak dalam masa 30 hari berpuasa, 30 resepi. Hah gitu! Selamat berpuasa semua, jangan sia-siakan bulan puasa ini. Jom perbanyakkan amalan pahala.

Thank you for reading!

18 comments:

  1. Sedapnya!
    Ayam percik tu nanti aida pun nak buat,azwar. Cuma tu la, kekangan beli ayam :(
    Esok or lusa, nak ke opis, br ada alasan nak singgah ayamas. Dedekat rumah, xde jual ayam fresh.

    ReplyDelete
  2. Enjoy yourself & also stay safe during this Puasa. May God bless you & your family.

    ReplyDelete
  3. Baru2 ni sis pun ada buat ayam percik. Sedap. Anak kata macam kat kedai. hehe. Goreng telur Berlada tu sis suka tapi tak pernah masak lagi.

    ReplyDelete
  4. Haha..dulu bazar ada..tiap petang mesti pi bazar..skrg boleh save money lagi.. masak kat umah je simple simple.

    ReplyDelete
  5. Menu yg sedap ni makan ayam percik dengan naso dan terung berlada... t nk cek resepi ayam percik.

    ReplyDelete
  6. sedapnya menu. seronok tengok org share resepi boleh dapat idea. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. Nampak simple tapi dah cukup puas hati kan? Masak sendiri. Biarpun kekadang kurang sedap tapi sangat berpuas hati. Apa pun masakannya dah buat terliur.

    ReplyDelete
  8. Betul..hari ni baru percaya, takde bazar Ramadhan pun masih boleh kenyang masa berbuka puasa..hehe

    ReplyDelete
  9. Betul..memang jimat bila masak sendiri ni dan satu lagi tak lah sakit hati dengan rasa yg dijual yg kdg2 kita tak berkenan. N tak lah bising mahal mahal..hehehe. Sis pun dok masak je skrg sjk pkp ni..sesekali je beli online

    ReplyDelete
  10. Ayam percik mmg wajib kan masa puasa. Za kalau g param pun mesti cari ayam percik. Ni dah ada resipi boleh cuba di rumah la

    ReplyDelete
  11. Masak macam tu pun dah nikmat dah berbuka puasa. Kenyang tu. Nasi panas-panas kan. Lagi urmmmm

    ReplyDelete
  12. Ayam percik..ayam golek mmg menu wajib ada time puasa. Ayam percik OK la boleh buat sendiri. Kalo yang golek tu mmg ngences la puasa tahun.ni..hehe

    ReplyDelete
  13. Amboi sedap betul mneu berbuka puasa dia. Ada ayam percik lagi. Ada hikmahnya rak ada bazar ramadhan ni. Apa menu yang dijual di bazar ibu ibu confirm boleh masak sendiri kan. Air tangan sendiri lagi sedap.

    ReplyDelete
  14. huda nampak ayam percik tu menarik sungguh ye, hahaha. Aduh puasa, nanti boleh try buat nexxt juadaha untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete
  15. Lama tak makan ayam percik nanti nak suruh husband beli ayam nak buat ayam perciklah... sedapnye menu2 buka puasa tu

    ReplyDelete
  16. Sedapnya menu dia, harini Sis nak masak terung sambal..ayam percik pun beli yang Ayamas, yang betul bazar tak dapat lagi...

    ReplyDelete
  17. Enjoy yourself and yet stay safe during ramadhan. It's nice to meet you!
    https://rachelstruth.home.blog

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!