Nampak gayanya aku tewas untuk mengupdate juadah berbuka puasa untuk hari ke-3 hingga ke-5. Aku tangkap je gambar, nak update masuk ke blog tak sempat. Lepas terawih je, dah masuk tidur. Macam orang kerja dekat bedang penatnya. Kerja dari rumah ini belum cukup utuh pada aku. Apa-apa pun semoga wabak covic-19 ini cepat berakhir. Moga kita dapat jalani kehidupan seperti biasa.
Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu, tahu-tahu je habis. So, kalini aku nak share kaedah bayar zakat menggunakan aplikasi boost. Memandangkan, tengah PKP ini terbatas pergerakan kita nak keluarkan, jadi jangan risau ada alternatif lain boleh digunakan iaitu pembayaran atas talian. Salah satu caranya iailah menggunakan aplikasi Boost.
Puasa-puasa gak zakat jangan lupa bayar. Jom tengok macam mana nak bayar.
Cara Mudah Membayar Zakat Fitrah Menggunakan Aplikasi Boost
1) Buka Aplikasi Boost seperti gambar yang aku circle kan di bawah.
2) Tekan pada bahagian "Zakat" seperti gambar yang aku circle kan di atas.
3) Tekan pada button (+)
4) Pilih pungutan Zakat yang korang nak bayar. Ak choose PPZ Selangor
5) Masukkan ic dan klik pada pada button anak panah merah. Nanti akan keluar details yang perlu korang fill up seperti nama, no phone, bilangan orang yang nak dibayar. Settle isi, tekan submit.
6) Selesai. Senang je kan guna Boost. Awal-awal aku pun was-was nak bayar online. Tapi sebelum buat pilihan pungutan zakat tu, korang boleh baca note yang dinyatakan.
Apa-apa pun niat dalam hati kita;
"Ini wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku sebanyak RM_______ pada tahun ini kerana Allah Taa'la".
Bagi mereka yang tak pernah download aplikasi Boost lagi, boleh register sini;
1) Download aplikasi Boost sini >> https://myboost.app.link/cNcGR16WpV
2) Register nanti boleh masukkan code aku ya >> azwoq11 <<
3) Boleh start bayar zakat dan gunakan kemudahan yang ada di Boost
Salam Ramdhan, thank you for reading!
Tq for sharing sis.. Baru tau..
ReplyDeleteGood info..
ReplyDeleteJemput join contest
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
Wahhh bagus lah, dengan boost pun dah boleh bayar zakat. Thanks azwar for the info
ReplyDeletegood sharing. tq
ReplyDeleteMudah sangat sekarang. Guna apps je.
ReplyDelete