Siapakata duduk rumah tak boleh shopping? Kalau tak orang Malaysia tak shopping takkanlah perkhidmatan POS Laju, JnT, Skynet, DHL kena hentam teruk sebab deliver hantar barang. Banyakkan bersabar, tambah-tambah sekarang musim PKP, tak bolehlah expect sampai sehari dua. Bak kata Shopee anda duduk rumah, kami hantar. Gitu tagline nya, rasanya dalam sebulan ini entah berapa kali aku bershopping dekat Shopee. Banyak beli peralatan dan keperluan dapur. Bukan barang aku je, mak aku pun tumpang sekaki. Sampai belacan pun beli dekat Shopee.
Sebenarnya aku nak share, cara-cara dapatkan kembali duit refund if korang cancel or seller cancelkan sendiri setelah membuat berjaya membuat pembayaran. Aku suka cara Shopee kendalikan sistem e-dagang dia ini, termasuklah customer service. Memang tiptop. Pernah terjadi, masa sales haritu aku ada beli barang dan membuat pembayaran semua status dia kata aku pending pembayaran. Direct email, esok dah dapat balasan pihak Shopee settlekan dan noti pihak seller.
Paling best, sebelum decide beli apa-apa barang dekat Shopee aku suka pilih dua tiga seller jual barang yang sama, compare harga, baca komen dari customer yang pernah beli. Mana elok tulah yang aku pilih. Nak jadikan cerita, baru ini aku ada beli set senduk dekat Shopee dah settle membuat pembaran apa semua, selang 3 4 hari macam tu seller ini whatsapp aku cakap stock warna aku nak tu dah tiada. Kalau dah tak ada takyahlah letak dalam website, bubuh jerlah yang ada kan. Aku nak pakai bulan Ramadhan ini jadi delay, so aku decide cancel. Aku cuak gaklah, macam mana nak dapatkan balik duit aku dah bayar tu. Then aku tanya seller tu, dia kata dia akan cancelkan nanti pihak Shopee akan direct masuk ke account Shopee Pay. Aku tak buat lagi akaun Shopee Pay tu, so aku buat 2 solution.
Ini contoh barangan yang pihak seller dah cancel kan. Ambil masa dalam sehari/ dua hari dapat balik. Orang shopping terlalu ramai takkan nak entertain ko sorang pula.
Cara Dapatkan Duit Refund di Shopee
1) Buka aplikasi Shopee kemudian tkean pada "Shopee Pay". Aktifkan akaun Shopee anda. Ikuti langkah yang diperlukan, masukkan nama as per ic, ic number, dan setkan no pin korang. Make sure no yang orang lain tak tahu. Aku cuak juga awal tu, bila check balik legit laman e-dagang Shopee ini kerana ia telah diiktirafkan oleh bank negara.
2) Settle. Kalau nak dia transferkan semula ke akaun bank anda sendiri, anda kena aktifkan akaun bank korang dekat web dia ini. Ada pada bahagian setting.
3) Sini, korang boleh baca lebih lanjut berkenaan Shopee Pay. Bukan sahaja boleh shopping di Shopee korang boleh gunakan aplikasi Shopee Pay ini ketika membeli belah di mana-mana cawangan Mydin berdekatan. Shopee Pay ini konsepnya like Touch n Go. Tapi kolebrasi bersama Mydin setakat ini yang aku tengok.
Kalau korang, was-was nak atau nak tanya lebih lanjut berkenaan refund bolehlah hantar email di customer service Shopee. Terangkan apa isu korang. Aku hantar juga, tapi esok tengok duit renfund dah ada dalam akaun Shopee Pay setelah diaktifkan. Jadi settle masalah, terus cari set senduk yang lain. Hopefully sampailah sebelum 29/4 ini. Buatnya kena masuk kerja, siapa nak pick up. haha..
Nak tahu duit dah refund ke tak, boleh tengok ada amount dekat button Shopee Pay. Aku tak pernah guna pun Shopee Pay ini sebelum ini. Biasa transfer online sahaja. Tak kenan aku letak no akaun apa semua dalam website. Tambah-tambah sekarang banyak scam. Jadi hati-hati.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan refund dekat Shopee ini korang boleh tekan pada bahagian 'Help Center'. Setiap inci penerangan diberi dengan details sekali. Aku suka shopping di Shopee berbanding Lazada. Apa-apa pun selamat bershopping. Aku dah insaf, nak bulan Ramadhan kan, jom kumpul pahala pula.
Thank for reading!
shopee ni bhya klau terbukak, nanti ada jer dok cuci mata2, sedar2 dah terbeli!
ReplyDeleteHaha..xleh cuci mata kat mall..cuci mata kat shopee jadilah..
ReplyDeleteBaru2 ni ada juga cancel order sbb seller tak dapat pos brg agaknya.. huhu.
ReplyDeletenak tunggu mmg lama lah kan..terus cancel..saya xaktifkan shopeepay sbb jarang beli on9. mydin pun jarang dtg..jauh dkt bandar klang sana.. so saya request direct ke bank je la refund tu.
macam mana nak buat untuk refund ke bank tu kak
DeleteBerapa lama tempoh tu
Delete