Barang Delivery dari Mak dah Sampai! - Azwar Syuhada

Saturday, 18 April 2020

Barang Delivery dari Mak dah Sampai!

Salam to all readers,

2 minggu sudah aku ada text mak aku, kalau dia masa boleh tak kirimkan barang dekat aku sikit. Macam daun pandan, serai, limau murut, segalam jenis ulam belakang rumah tu. Mesti korang fikir aku mengada-ngada kan, macam tak boleh beli online. Aku memang mengada bab makan dengan mak aku sikit tak dapat dinafikan. Kalau nak beli makanan online pun aku fikir dua tiga kali sebab aku mudah sakit perut kalau tak kena. 

Lantak kaulah, kata aku mengada-ngada lebih, mak aku melayan juga anak dia ini. Mak aku tak pernah buat delivery dekat mana-mana post. Kebetulan ada 1 post hub baru buka area rumah aku tu like JnT, Gdex, Pos Laju macam tu. Dua hari sebelum nak hantar ke aku, dia tanya nak letak dalam apa. Aku suggest gunalah kotak yang orang isi minyak kat kedai runcit tu, banyak boleh isi. haha..

Hari Isnin lepas mak aku pos kan, esoknya dah sampai. Maklumlah kampung aku pun sekangkang kera. Janganlah assume 4 5 hari baru sampai macam aku duduk pantai timur pula. Jom tengok benda yang mak aku bekalkan. 

Besar kan kotaknya, penuh dengan bekalan yang aku minta. Ada yang aku tak minta pun mak aku bubuh juga. Kalau tengok isi dalamnya, ibarat dapat bantuan mangsa banjir pula. Dapatlah buat bekalan nak puasa, barang basah aku beli sendiri dekat sini. Perencah rasa je yang payah nak dapat kat sini mak aku bekalkan. Daun pandan, limau purut, daun kari, cili kering, serai. Unexpected ada kek coklat, sempat pula dia mem baking kek. Okaylah aku rasa berada di kampung pula. 

Sempat juga dia sumbat periuk 1 dekat aku satu. Aku tengah tunggu senduk antik dekat Shopee tak sampai-sampai lagi. Mak saya paling awesome!


Diam tak diam, next week dah nak puasa. Apa juadah korang ini nanti? Aku masih berfikir apa benda aku nak masak ini nanti. Any idea, share la sikit.

Thank you for reading!

4 comments:

  1. Wahhh menarik! Hehe betoi bab makan pon kdg tk kena dgn perut kita kan.. hehehe.dtg singgah sini kak..

    ReplyDelete
  2. Biasalah mak sentiasa nak yang terbaik untuk anaknya. Kinah yang dah kawin ni pun bila nak balik rumah je ade je yang dibekalnya. Rasa macam nak balik asrama pulak hehe

    ReplyDelete
  3. Ye... Siapa lagi kalau tak mak kita untuk bermanjakan.
    Okay...jom tengok Blog LeYa. Ada resipi mudah untuk ramadhan nanti leya kongsikan..

    ReplyDelete
  4. comelnyaaa mak hehe.. lengkap haa bekalan untuk anak =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!