Random Story | I'm Turn 26 - Azwar Syuhada

Monday, 2 March 2020

Random Story | I'm Turn 26

Salam to all readers,


Tinggal 2 hari sahaja lagi keputusan SPM dah nak keluar. Adik aku pun esok balik, nak ambil keputusan hari Rabu ini. Dulu waktu aku nak ambil keputusan pun rasa takut, paling takut kalau subjek tak lulus. Mujur semua pass! Lately, aku banyak terima DM dekat twitter berkenaan sambung belajar di Unikl. Okay ke tak fasilitinya, macam mana yurannya, pensyarah okay ke tidak, wang sara hidup tu mencukupi ke tidak dan banyak lagi.

Ada yang takut nak masuk Unikl, gara-gara ditakutkan oleh keliling. Waktu aku dulu, aku yang tak hingin nak masuk unikl. Persepsi aku semua masuk unikl ini budak suka enjoy, tak berapa cerdik, perhabis duit. Awal-awal dululah, bila masuk mata kau buka luas-luas okay. Macam-macam kau akan jumpa, mostly ramai golongan cerdik pandai. Masing-masing ada matlamat masuk Unikl. Kalau masuk semata-mata dah aim duit mara susahlah kau. Yang bestnya, Unikl Business School ini tengah-tengah bandar. Kalau rasa tak cukup sara hidup bekalan mara, boleh buat part time memana mall.  Dah kerja, jangan lupa bahagikan masa dengan waktu belajar, class. Mostly lecture yang ada dekat Unikl ini memang orang-orang yang berpengalaman. Kau tak faham, tanya je. Malu tanya depan orang ramai, after class boleh tanya personal. 

Yuran? Yuran ikut kos. Kalau rasa taknak bayar hutang banyak jagalah pointer dari awal semester sampai habis. Insyallah, banyak potongan kau boleh dapat. Memandangkan, Unikl tengah bandar lagi memudahkan korang cari tempat intern. Aku intern area KL juga, diserap masuk selepas habis intern, terus bekerja di KL. Alhamdulillah dah nak masuk 5 tahun aku bermastautin di KL. Walhal, kampung aku dekat je pun.

Yang bestnya, if korang tak dapat tempat intern ataupun kerja, Official Facebook Unikl Business School turut share peluang perkerjaan beberapa tempat. Kalau ada rezeki, dapat je. Umur kau masih muda dik, umur 20-an ini follow the flow sahaja. Bina kerjaya, kumpul duit, buat investment, bayar hutang paling penting jaga kesihatan.

Persetankanlah orang-orang yang cakap belakang pasal kau, yang penting kau happy. =)

Selamat ulangtahun kelahiran ke-26 buat diri sendiri. Moga lebih kental dan diberi kesihatan yang baik  bagi memudahkan untuk mencari rezeki.

Selfie 1 kali with Arora.

Thank you for reading!

3 comments:

  1. Happy birthdayy!! Betul tu, tengok kawan-kawan yang bijak ramai je masuk UniKL.. Uni mana-mana pun sama je, asalkan nak taknak je belajar hehe

    https://thejagungspirasi.blogspot.com/2020/03/jalan-jalan-cari-makan-29-februari.html

    ReplyDelete
  2. Hb Azwar... moga sentiasa dalam LindunganNya

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday azwar

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!