Pengalaman Jadi Personal Shopper Tangkap Muat - Azwar Syuhada

Saturday, 14 March 2020

Pengalaman Jadi Personal Shopper Tangkap Muat

Salam to all readers,

Semalam management umumkan harini tak kerja. So aku bersuka ria di rumah. Minggu ini penat betul, boleh katakan hari-hari stay back dekat office siapkan kerja yang tak pernah sudah. Hurmm.. Begitulah kehidupan mencari rezeki. Malas nak sembang hal kerja, jom sembang kehidupan rutin harianku di kala hujung minggu tiba.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu aku balik kampung, memandangkan mak aku duduk sorang. Tambah pula si Wan balik rumah suami dia. Memang aku pishang duduk KL ini sensorang. If Sabtu kerja, aku balik juga. Nasib baik tak jauh mana, KL ke Klang. Yang jadi lama bila jenuh tunggu bas. If abang aku balik malam Jumaat itu dapatlah tumpang. Harini kebetulan, makcik aku nak balik, aku pun ikut sekali. Mana yang jimat, harus kita dahulukan. Tak begitu.

Dua minggu sudah aku balik Telok, kebetulan aku duk scroll Instagram terpandang 1 posting Calaqisha ada buat preloved dekat Telok Panglima Garang. Punyalah excited nak pergi, dekat kampung kita kan. Nak minta aku drive ke sana, tapi dia tak tahu jalan, alih-alih ajak anak Pak Itam aku, mujur dia onn je. Aku tak pernah drive jalan besar lagi, baru nak belajar balik. Aku tolong tengok waze je. Kami pergi berempat, aku , mak, Nabila & Alia (anak Pak Itam aku). Besar-besar dah dorang.

Tengok Waze, sekitar 20 minit boleh sampai, tak jauh manalah kononnya. Aku sebenarnya, tak tahu sangat area tempat ini, yang aku tahu poskod dia Telok Panglima Garang. alih-alih sampai ke Jalan Kebun masuk ke dalam, tahu-tahu sampai satu area cantik yaaa ampun area situ Jalan Eco Santuari (area Ecoworld). Maigad konsep rumah situ, boleh berair air mata, lawa nak mati.. Tapi asal letak poskod Telok Panglima Garang? Telok Panglima Garang kecik je mukimnya. Paling koman pun aku tahu Taman Palas je, area aku nak ke sekolah rendah agama. 

Seawal 9.30 pagi, kiteorang dah gerak dari rumah menaiki sang wira yang dah lama berbakti. Sampai-sampai sahaja, dah ramai gila orang beratur baik muda hinggalah ke tua. Masyallahh, aku tak pernah pergi macam ini. Alang-alang sampai, tunggu jerlah.

Ramai kan, bertapa besar peminat Calaqisha. Aku tak pernah beli pun barangannya, memandangkan dia buat preloved ini aku gigih pergi (sebab ada murah-murah). Jenuh jugalah ak tunggu turn masuk, sebab dia ambil orang masuk secara berperingkat-peringkat ikut mana orang yang sampai dulu. Masuk-masuk je, berlaku adegan berebut-rebut baju macam orang gila gaklah. Kiteorang yang tak pernah pun, berebut juga, ambil mana nak, dah puas ambil duduk satu tempat decide mana yang betul-betul nak, and mana yang taknak sangkut balik. Aku tak boleh lama tempat camni, peluh ketiak. 

See, betapa ramainya orang duk pilih-pilih baju lagi. Bila dah setel shopping barang terus ke Tesco Klang pergi isi perut. Lama betul tak ke Tesco Klang memandangkan dah boleh ke Tesco Jenjarom. Cakap je nak apa yang tak ada, Telok Panglima Garang ini, Watson pun ada dah sekarang. Punya besar, aku pun tak jejak lagi.

Bila hati senang, perut pun dah kenyang, balik Telok kejap rehatkan badan. Around pukul 4 petang jugalah aku baru gerak balik KL naik bas. Aku perhabiskan drama Korea aku dulu baru balik KL. Penat aku langgan VIU bulan-bulan, cerita best banyak dekat Netflix. Nak tunggu masuk VIU memang lambatlah jawabnya. Balik Telok boleh layan dekat website Dramanice. Inilah aktiviti hujung minggu aku awal bulan 3 haritu.

Banyak lagi nak cerita, nanti aku sambung lagi. Apa-apa pun, jaga diri semua memandangkan sekarang musim Covid19. Kurangkan aktiviti di luar, duduk je dalam rumah okay.

Thank you for reading!

2 comments:

  1. Padatnya dekat Calaqisya. Brand baju ni ok gak, tahan lama and best pakai

    ReplyDelete
  2. punyalah ramai orang, kalau akak memang tak jadi masuk sebab risau kang kes covid bila ramai sangat gitu...
    jaman muda dulu akak nak balik johor kalau malas drive memang naik bas, biasa drive 3jam setengah sampai johor tapi bila naik bas 5 ke 6 jam jadinya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!