Sekali lagi Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam. Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat (prihatin), gara-gara covic-19 ramai orang dapat impak. Jadi, bagi mengurangkan beban rakyat, Perdana Menteri kita menyalurkan bantuan kepada semua, tiada seorang pun yang akan tercicir.
Perdana Menteri kita buat lintas langsung berkenaan duit semua cepat faham, habis je siaran langsung cepat je cari macam mana nak dapatkannya. Perdana Menteri suruh duduk rumah, sampai sekarang tak faham-faham. Typical people in Malaysia! Aku suka dengan Perdana Menteri yang ke-8 kali ini memberi ucapan, cukup santai seperti bapa nasihatkan anak-anak. Macam arwah atuk aku pun ada juga. Moga beliau diberikan kesihatan yang baik dan mampu mengalas tanggungjawab dengan sempurna. Amin!
Total Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion adalah manfaat untuk anda semua. Pakej Prihatin ini sediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Tak kisah kau nelayan, duduk pedalaman sekalipun, anda boleh dapatkan pakej prihatin ini. Bak kata Perdana Menteri kita semalam, no one will be left behind. Keutamaan utama kerajaan sekarang nak membendung isu covic-19 yang semakin menular sekarang ini.
Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang ditawarkan adalah;
1) Bantuan Prihatin
Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan
peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan
disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk
pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil
dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.
2)Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang
berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran
RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600
pada bulan Mei 2020.
3) Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang
berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan
dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki
RM500 pada bulan Mei.
4) Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
5) Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia
21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih
RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250
akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada
bulan Mei.
6) Program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
7) Pelajar IPT- Anda juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 jutakepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
8) Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
9) Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta. Kini, Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam.
10) mySalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yangdikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
11) Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
12) Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan.
13) Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian 9 diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020. Sebagai tambahan, Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan. Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.
14) Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi. Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
15) Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020. Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan.
16) Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan. Selain itu, Kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.
17) Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Dalam keadaan yang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
18) Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.
Sumber dari kenyataan Media di page twitter Perdana Menteri. Sebenarnya banyak lagi, panjang ucapan beliau kelmarin. Untuk dapatkan intipati penuh kenyataan media Pakej Rangsangan Ekonomi Prihati Rakyat (Prihatin) boleh ke page twitter nya.
Macam-macam peruntukan dah dibagi, jangan lupa menyumbang dan support produk Malaysia lepas covic-19 dah selesai. Beli burger Ramlee, isi minyak kat Petronas, bercuti dalam Malaysia sahaja okay?
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!