Dah bangun ke belum? Ke masih berselubung dalam selimut. Sejak perintah kawalan pergerakan ini, tidur aku pun melebih-lebih sampai dah tak boleh nak tidur. 31 haribulan 3 ini genap 2 minggu aku tak balik Klang, extend lagi cuti 2 minggu perintah kawalan pergerak. Kalau makin meningkat, kemungkinan besar sampai end of the month mereput dekat Kuala Lumpur ni hah. Sebaik ada sorang lagi geng tak balik kampung. Aku dengan dia siap beli meja makan nak letak dekat ruang tamu. Cepatlah shopee hantar. Tak sabar nak susun atur.
Ada orang kata duduk rumah sewa je pun, takyah nak hias-hias sangat. Bagi aku, tak kisahlah rumah sendiri ke rumah sewa sekalipun. Rumah sewa mean rumah kita sendiri juga, hampir separuh hidup kau duduk dalam rumah tu, pergi kerja balik kerja. Balik kerja, rumah bersepah kau ada mood tak? Lagi serabut kan? Lainlah, kalau orang tu dah terbiasa hidup dalam keadaan rumah bersepah, tu tak boleh nak kata apa. Tunggu barang sampai nanti, aku share nak letak mana meja makan tu. Bukan kegunaan aku sorang tapi untuk semua. Kebas kaki asyik duduk lantai.
Sepanjang tempoh PKP ini banyak benda yang kelakar orang duk update dalam laman sosial. Ada yang melucukan, ada juga yang memperbodohkan diri sendiri. Salah satunya gelagat para suami membeli barang dapur, ada yang tak tahu mana satu bunga cengkih, mana satu timun, ada juga setengah husband yang pro membeli barangan. PKP ketat kan lagi kuasa dengan membenarkan hanya seorang wakil yang boleh keluar untuk beli barang. Ada juga yang bujang menggedik nak pinjam laki orang beli barang. Kau tak berlaki je, bukan tak ada kaki. So pergi jerlah sendiri.
Marriage people : Lucunya laki aku, suruh beli benda lain, lain bawa balik
Me: ..........Bodoh-bodoh laki kau, dapat juga dia beli barang untuk kau makan. Aku? Laki bodoh belum tentu pandang. Sadis..
Isu para suami tak reti cari barang bukanlah isu besar sangat pun. Sekarang zaman teknologi, tak tahu boleh google apa benda yang nak dibeli, kalau tak pun boleh sahaja bertanya pada staff yang bertugas dekat pasaraya itu. Kalau diikutkan, kena didik mereka dari awal, dimana bila si isteri beli barangan dapur, si suami jadi peneman di sisi perati apa yang isteri selalu beli. Satu barang ada pelbagai jenis jenama. Si isteri suka beli jenama A, yang si suami beli jenama C tu pun boleh jadi gaduh. Dah jadi satu kerja si isteri kena tampal gambar barangan mana yang dia nak.
Aku adik beradik memang dari awal if pergi beli barang memang kena follow mak aku beli barang dapur. Waktu kecik juga aku selalu kena kayuh basikal pergi beli sayur. Mujur adik aku degil-degil tu pun boleh pergi beli sayur. Dia lagi cerdik dari aku kot kalau bab beli barang apa yang mak aku suruh. Kalau kita perati kan sebelum ini, banyak suami jadi penunggu setia di tempat duduk, hanya si isteri masuk groceries beli barnag dapur. So, dari situ je dah salah. Memanglah tugas memasak itu semua si isteri kena buat, tapi para suami juga kena sama-sama membantu. Baru harmoni kehidupan berumahtangga.
Berita baik untuk semua para suami, sekarang ada khidmat puchase at the door. Kau just datang walk in dekat mall tu, staff pergi cari barang hantar dekat depan pintu kereta. Hanya mall Aeon sahaja tak silap aku. Tesco pula dah keluarkan papan tanda panduan pelbagai jenis ikan, sayur, bawang semua. So, lepas ini mudahlah para suami kamu semua membeli barangan dapur. See my level katanya lepas ini!
Credit: Tesco Malaysia
Okaylah, lepas ini kita kupas isu artis minta bantuan pula. Panas juga isu ini sekarang. Apa-apa pun stay at home k!
Thank you for reading!
Tulah macam2 gelagat cumanya takkan selama jadi suami tak pernah beli barang dapur... nasibla laki akak oklah kalau di suruh beli barang dpr, sebab biasa beli sekali bila beebelanja jadi dia tahu dan paham cara isterinya beli barang
ReplyDeletekan. tambah2 part beli selabu bawang putih, dia confius nak beli bawang putih ke labu haha
ReplyDelete