Excited Order Barang Basah Menggunakan Perkhidmatan 'Grab Mart' - Azwar Syuhada

Tuesday, 31 March 2020

Excited Order Barang Basah Menggunakan Perkhidmatan 'Grab Mart'

Salam to all readers,

Harini hari terakhir untuk minggu pertama RM0, lepas ini kita kena hadap lagi 14 hari. Semoga tiada lagi lanjutan RM0, tapi firasat aku kuat mengatakan akan dilanjutkan. Mungkin, dia taknak bagi rakyat panic buying bila sekali arung beritahu so dia akan informed 2 minggu sekali. Harini sahaja kematian meningkat pada 6 orang, ini bermakna jumlah keseluruhan yang terkorban penyakit covic-19 adalah 43 orang. Salam takziah buat semua keluarga mangsa.

Sejak RM0 ini banyak gila aktiviti aku buat, kerja of course la kena buat nama pun WFH. Aku nak cerita aku suka tengok timeline facebook aku, sebab banyak geng-geng akak-akak, mak-mak yang kuarantin share pelbagai hidangan makanan, makanan pagi, tengahari, minum petang, makan malam. Maigaddd!! Produktif gila, aku suka tengok. Aku dari RM0 pertama sampai ke-13 asyik makan, sardin, biskut, yogurt, buah, tak pun kudap-kudap. Sini ada speedmart and KK Mart nak ke pasar tak ada kenderaan pula nak bergerak. 

Entah macam mana, aku perasan ada driver grab upload gambar "senarai makanan yang perlu dibeli dekat pasar TTDI". So, aku pengguna tegar grabcar suatu ketika dahulu, bukalah aplikasi grab semula duk godek-godek mana dia dapat beli barang like cili, bawang putih, bawang merah semua tu. Last-last, baru perasan ada "Grab-Mart".

Berjaya aku godek-godek petang semalam. Yang pasti if nak order barang basah dekat Pasar Besar TTDI kena order pagi-pagi. Dia open order pukul 7.00am, pagi tadi lepas solat subuh aku tunggu pukul 7 lebih baru order. 

Cara-Cara Order Barang Basah Menggunakan Perkhidmatan "Grab-Mart":

1) Buka Aplikasi Grab tekan pada button 'Mart'


2) Dia akan senaraikan kedai mana yang available untuk grab pergi. Aku aim nak beli barang basah, so aku terus klik pada button Pasar Besar TTDI


3) Dia akan keluar list-list pilihan yang ada, macam ikan, sotong, daging, udang, bawang merah, putih, sayur-sayuran (tiada pula)


4) Dah pilih semua bolehlah tekan check out, harga barangan dan delivery harga asing tau. Tapi okaylah harganya. Harga mampu milik lagi, kau takyah susah drive pergi sana, orang datang hantar depan pintu. Tak ke best hidup. 

 5) Dah check out bolehlah buat pembayaran secara online atau cash. Once selesai membuat pembayaran, kedai tu akan prepare barangan kau siap-siap dan tunggu panggilan grab yang akan masuk line pergi pick up.




6) Hampir setengah jam jugalah penghantarannya. Tapi memang bagus Grab tambah kemudahan macam ini. Sangat membantu pada mereka yang tiada kenderaan, secara tak langsung dapat menolong anak muda yang bekerja bawa grab ini. You are the best!



 Abang grab ini memang tip top okay servisnya. Moga dimurahkan rezeki bang. Terima kasih tak terhingga pergi pick up barang saya di pasar tadi. Aku puas hati jugalah apa yang beli dekat pasar tadi, cara packaging dia memang kemas tak ada cincai.  Buat orang rasa nak repeat.

 Antara barangbasah yang aku beli tadi;

1) Bawang putih (200gram) - RM3.00
2) Bawang merah (200gram) - RM3.00
3) Halia (200 gram) - RM3.00
4) Serai (200 gram) - RM3.00
5) Cili api (200 gram) - RM 3.00
6) Ikan bawal (1 kilo) - RM24 - share dengan housemate
7) Tomyam Paste -RM6.00

*Ini sahaja barang aku order tadi, hopefully bertahan untuk 2 minggu yang mendatang.

Korang boleh put remark if nak minta orang tu siang ikan tu siap-siap. So, kau tinggal cuci bersih sahaja nanti. Bawang-bawang semua memang dah siap di blend, takyah susah-susah nak kupas satu-satu.  Disebabkan excited dapat ikan tadi, so tengahari tadi kita goreng dia buat sambal belada. Jadilah, walaupun bakat memasak tu harus di asas semula. Not bad juga aku masak, sedap k!


Asyik engkorang sahaja duk post makanan, harini aku nak post juga. hehe.. So, esok nak try buat welcome-welcome pula. Jep sepah siap buat video, teringin pula nak makan.

Esok kita akan mengharungi minggu kedua RM0, so stay at home kalau nak selamat okay! 

Thank you fo reading!

23 comments:

  1. wahhhh bestnyaa. Sangat memudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bagus juga ada kemudahan macam ini. Dalam pada yang sama boleh tolong orang yang bawa grabmart. ;)

      Delete
  2. wah. sekarang semua senang. x yah keluar rumah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa orang kata, semua hanya di hujung jari sahaja la ni.

      Delete
  3. Wahhhh bestnya! mudah dan senang. Lepas habis PKP pun still can use same method hehe. Huda try tengok kat area rumah huda takde grab mart barang basah, kering je ada tu pun only a few and tak best huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee pun ada jual kalau tak silap, ada tengok Iman beli ikan siakap dekat shopee. Huarghh

      Delete
  4. Mudah kan servis gini. Stkt cas delivery tu kira ok sgt la nak compare kalau kita kena keluar, parking,balik semula..lg jimat kos rsnya delivery ni n mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay sangat, lagipun grabmart ada promo delivery takyah bayar. Pun jimat sangat.

      Delete
  5. Baru tau ada Grab Mart...ingat ke Grab Food aje...bagus juga ek macam ni, order aje dan barang sampai ke rumah kita..tak payah nak keluar kan...Sis pun ada gak maik order macam ni, tapi dengan kedai belakang rumah aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kita duduk rumah tunggu barang sampai. ;)

      Delete
  6. wah bagusnya! brg nyer nampak sgt fresh.
    rumah aida ni jauh dari pasar.
    ada juga buat order ari tu. tapi reply nyer penuh utk the next 4 days :(
    agak sedih di situ.
    so, 4-5 ari sekali, asben aida kluar la gi beli brg basah.

    ReplyDelete
  7. tak tau pulak ada servis macam ni di grab. Mudah dan senang, tak perlu keluar rumah dah kan?

    ReplyDelete
  8. Tak habis discover apps grab tu. Ingatkan ada grabcar dgn grabfood je. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  9. bestnya boleh guna grab mart. area rumah saya ni service grab sangat limited keda yang offer.

    ReplyDelete
  10. Baru tau ada Grab Mart ini. eang dia bole hantar pada hari sama ek sbb stgh online tu tempah hari ni esok baru sampai. Nak usha jap lagi..

    ReplyDelete
  11. Wah senang nak masak, semua dah tersedia.. baguslah grab mart ada servis macam ni, tak perlu nak sediakan bahan-bahan tinggal masak jer moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir

    ReplyDelete
  12. Bagus sangat inisiatif ni. Cuma kat bandar besar ja la ada 😁

    ReplyDelete
  13. Wahh menarik nie.. sebelum ni pernah nak beli kat grab mart tapi sebelum PKP la..lama dah tapi time nk beli tu barang iena nk takde haha..so x jadi beli..tak pernah terfikir nk beli kt sini pulak time PKP ni..maybe sebab frust aritu nk beli brg xde kot..maybe dorang dah upgrade servis la sempena covid ni :D

    ReplyDelete
  14. bagusnya ada buat grab ada buat servis mcm ni, baru tahu. Sis selalu suruh pasar kat selayang buat delivery, tapi tu pun beli byk baru suh diaorg hantar. Nanti nak cuba gak lah grab mart ni. Tq tau for sharing

    ReplyDelete
  15. Tak pernh godek juga grabmart ni..wah serius senang ni..nak godek jugala..siap dah semua bawang dikisar ye

    ReplyDelete
  16. senangkan sekarang semua ada di hujung jari.. siap ada penghantaran barang ke rumah lagi.. tapi tu la yg duk bandar2 best lah dapat guna perkhidmatan mcmni.. kami duk rural area ni bertabah la kena keluar beli juga barangan rumah ..hihi

    ReplyDelete
  17. Belum pernah lagi guna servis di Grab Mart untuk penghantaran barang. Tapi time macam ni servis macam nilah yang diperlukan. Tak pastilah area rumah saya ada ke tak Grab Mart ni sebab tak pernah cuba lagi guna kan.

    ReplyDelete
  18. Akak pun ada guna GrabMart. Memang best. Duk rumah je beli. Hehehee. Sekarang dah tak pandang GrabFood sebab nak masak sendiri je hari-hari. Haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!