Salam to all readers,
Masing-masing okay tak tu duduk rumah? Duduk rumah je pun, bukan uruh pergi berperang, itu pun susah kamu nak ikut ya. Semalam, sekali lagi Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan cuti dilanjutkan lagi 2 minggu iaitu sehingga 14 April 2020. Ini kerana, kes Covic-19 makin meningkat pertambahan orang yang meninggal akibat penyakit covic-19 juga dah cecah 20 orang. Nauzubillah..
Jadi bagi mengelakkan isu Covic-19 ini merebak lebih banyak lagi, dinasihatkan kamu semua duduk sahaja di rumah. Pada mereka yang ada simptom-simptom covic-19 atau berhubung dengan mana-mana orang yang baru balik dari luar negara, cepat-cepat berhubung dengan mana-mana klinik kesihatan. Tak sampai hati kalau tengok balik video, gambar-gambar frontliner yang tak cukup kaki tangan nak membantu baik pulih isu covic ini. Disebabkan ada yang tak jujur dengan pihak hospital, menyebabkan ada doktor dan pembantu perubatan turut terkena positif covic-19. Kalau takk boleh nak bagi kerjasama, jangan sesekali menyusahkan orang.
Isu Corona virus ini bukan sahaja menjejaskan nyawa orang, secara tak langsung menjejaskan ekonomi negara. Yes, kemerosotan ekonomi boleh drop 70% pada masa kini hingga berlarutan. Nak recover balik makan masa bukan sehari dua kemungkinan makan tahun. Jadi duduklah rumah diam-diam kalau taknak covic-19 ini berleluasa. Nak ke jadi macam Italy? Yang langsung tak boleh nak dikawal lagi, kadar kematian bukan seorang dua tapi dalam sehari mangsa korban di sana beribu. Moga kita dilindungi oleh Allah.
Aku tak pernah rasa bosan pun duduk rumah, sebab banyak benda aku boleh buat. Aku cuma terfikir, macam mana orang-orang yang survive kehidupan mereka dengan income harian, lebih-lebih lagi premis-premis kecik, orang yang berniaga pasar malam. Extend 2 minggu, macam-macam benda nak dipikir, sewa kedai still kena bayar, gaji pekerja. Ada setengah company tak bayar gaji pekerja. Jadi bersyukurlah mana-mana company yang menawarkan gaji kepada staff. Jadi, mereka yang bekerja dari rumah, buatlah kerja yang diamanahkan sebaik mungkin.
Thank you for reading!
Kita punya kerja pun terpaksa extand 2week
ReplyDeletebila tempoh ni dilanjutkn lagi skrg baru la knl erti nikmat kehidupan yg sebenar. Mmg semua bnda tertangguh
ReplyDelete