Salam to all readers,
Dalam sejarah untuk 2 minggu ini, banyak syarikat swasta terpaksa ditutup (atas perintah Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin gara-gara isu Covic-19). Tidak terkecuali syarikat aku beri kebenaran kerja dari rumah. Ada juga syarikat terpaksa keluarkan unpaid leave. Ada kata untunglah kerja dari rumah. Sebenarnya, akibat isu Covic-19 ini banyak benda terjejas, paling terjejas premis kecil-kecilan dan orang yang tak ada income tetap. Kau rasa depa nak makan apa?
Berbalik kepada isu Covic-19 ini. Ini bukan isu biasa, tapi luar biasa sebab ia menular ke seluruh negara dari negara China, Italy, Iran, Amerika, dan sekarang Malaysia. Covic-19 ini sejenis virus yang sekejapan boleh merebak dan meragut ramai orang. Influenza A, H1N1 ini kira anak dia, Covic-19 kira macam onyang dia, tak boleh dibuat main. Sekali kena, semua boleh kena. So, kamu-kamu sekalian, silalah peka akan keadaan sekeliling.
Ini gambar dalam LRT (semalam aku balik kerja sekitar pukul 8.00malam). See, tak ramai orang. Nak ke kita duduk dalam ketakutan, orang takut nak pergi kerja. Yalah duduk dalam train kita bersesak dengan ramai orang. Kita tak tahu pun orang sekeliling kita macam mana. So beware guys! Balik je terus mandi, kerap cuci tangan.
Mungkin kita rasa Covic-19 ini tak ada apa-apa pada kita sebab tak ada saudara mara kau korang kena lagi. Cuba buka mata korang besar-besar, harini sahaja sudah ada 2 kematian di Malaysia (positif Covic-19) dan kadar meningkat 171 kes. Pada mereka yang ada simptom-simptom nak demam, bersin, batuk, alahan boleh ke hospital untuk melakukan saringan. Kakitangan setia membantu. Betapa besar pengorbanan kakitangan kesihatan dari doktor, misi, tukang bersih, tukang bawa ambulans. Banyak prosedur dorang nak menangani isu Covic-19. Kita rasa pekerjaan dorang senang sahaja, kita tak tahu keselamatan mereka nak balik rumah dengan keluarga pula macam mana.
Baru 2 hari, Perdana Mentari kita umumkan Kawalan Pergerakan, ada juga manuasia yang selfish. Negara Malaysia belum umumkan lockdown, baru sahaja umumkan kawalan pergerakan tapi banyak manusia melakukan 'panic buying'. Dalam tempoh 2 minggu, diminta kerjasama korang stay sahaja dekat mana korang duduk. Tak perlu balik kampung. Duduk sahaja dalam rumah diam-diam. Kalau nak pergi beli barang kering (barang makan), belilah untuk makan 2 minggu, dan beringatlah membeli tu. Bukan beli untuk stock setahun tak perlu keluar rumah. Dah beli barang baliklah ke rumah, bukan merayau ke tempat lain. Nak selamat, pergilah berbelanja di grocery yang tak ramai orang. Orang kaya mampulah 'panic buying' cuba fikir pada orang kais pagi makan pagi kais petang, mampu panic je.
Buat adik-adik yang menuntut di IPTA dan IPTS dikerah untuk pulang. Jaga diri, cuti yang diberikan bukanlah tiket ualss enjoy ke sana ke mari. Tapi DUDUK DALAM RUMAH DIAM-DIAM. Aku cukup risau adik aku yang suka yang keluar rumah ini memandangkan darah tengah muda suka enjoy. Beware dengan keadaan sekeliling, elakkan pergi tempat yang sesak dengan orang ramai.
Pada mereka yang mempunya parent dekat kampung, pesan dekat parent kamu semua kurangkan aktiviti dekat luar, kurangkan bersosial ataupun pergi tempat yang sesak. Mak pak kita semua bukan semua tahu tekan gadget. Sebagai anak yang prihatin, please makesure your parent aware semua benda ini. Biar berjauhan, tapi hati bersama. Gitu.
Kalau dekat China mampu bersatu, kurangkan isu Covic-19. Takkan kita tak boleh. Allah tu maha Adil, dia jentik sikit Covic-19 ini pada kita. Nak tengok macam kita bersatu sesama sendiri. Jadi, doa baik-baik.
Antara langkah yang terbaik untuk mencegah virus Covic-19;
1) Kurangkan aktiviti luar ataupun pergi ke tempat yang ramai orang
2) Duduk rumah diam-diam
3) Kerap cuci tangan sebelum melakukan apa-apa tugasan
4) If batuk, bersin pakai mask
5) Sekiranya ada simpton covic-19 ini, cepat-cepat pergi klinik berdekatan untuk lakukan saringan (pihak kesihatan sedia mehulurkan bantuan)
6) Elakkan pegang tombol pintu, tekan lif guna jari
7) Pakai handsanitzer dengan kerap
8) Kurangkan aktiviti ke luar negara
9)Minum air masak banyak-banyak
*Sekiranya tiada keperluan untuk keluar, DUDUK RUMAH DIAM-DIAM OKAY? Stay safety semua!
Paling penting, berdoa pada Tuhan untuk hapuskan virus Covic-19. Untuk makluman lebih lanjut berkenaan isu Covic-19 ini korang boleh follow page Kementerian Kesihatan Malaysia dekat facebook, page, Twitter paling laju dia punya tindak balas.
Moga, after 2 minggu ini ada impak positif. Amin!
Thank you for reading!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!