Rindunya nak menaip dalam blog. Disebabkan kekangan masa dan bila terluang tak tahu pula nak share apa. Last week, aku temankan housemate aku Oyah ke Times Square, shopping baju kerja baru memandangkan dah permanent sekarang. Up sikit style gitu. hahaha...Lama rasanya aku tak jejak kaki ke Times Square, shopping baju pun dah lama tak ada. Aku suka shopping bila tengah bulan time gaji tak masuk beria aku pergi shopping.
Macam biasalah pergi Times Square naik public transprot. Turun KL Sentral ambil monorel sampai Bukit Bintang. Sampai betul-betul dekat Times Square. Orang kata Times Square ini syurga kaum wanita, banyak baju-baju trend terkini kita boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Aku suka masuk kedai pokok. Ada satu floor bahagian tengah-tengah ada kedai pokok-pokok jual baju muslimah, ada blouse, dress, macam-macam fesyen. Selain Wan, Oyah ini pun rajin teman aku keluar makan. Bila dia ajak ergi Times Square, aku berbesar hati untuk temankannya. Sebagai pulangan kena temankan aku nak jambatan Saloma lepas shopping.
Dalam pada temankan orang shopping, aku pun turut terjebak bila masuk 1 kedai ini. Kejadah dia pasang banner harga macam tu plak, bila masuk baju semua cantik-cantik. Aku pun terbeli 1 juga. Pejam mata bila nak buat bayaran.
Hasilnya! Dua-dua muka happy perhabis duit. Masing-masing dah penat jalan, masuk pula satu lagi kedai teruskan shopping. Mujur aku beli 2 helai je. Tak lama pun dekat Times Square, dah dapat aa yang dihajati turun ke KL Sentral, tunggu pukul 6.30pm baru gerak ke LRT Kampung Baru. Sebab aku nak tengok jambatan Saloma waktu malam. So kiteorang decide makan malam dekat Kampung Baru.
Lama dah tak turun Kampung Baru. 3 tahun lepas sini jerlah ulang-alik. Stop LRT Kampung Baru, jalan sikit nampak Pintasan Saloma, sebelah tu deret orang buka kedai makan. Apa lagi, stop jelah mana-mana kedai makan yang jual nasi berlauk. Kampung Baru dunia makanan. Pergi je memana tempat area sini, sedap je. Aku dengan Oyah makan dekat Maju, lauk kiteorang share, siakap 3 rasa, sayur dan telur. Total RM30 je dua orang makan.
Dah siap makan, barulah bergerak naik pintasan Saloma. Memang berpeluh ketiak bila dihimpit dengan orang ramai. Asalkan dapat naik punya pasal.
Cara untuk ke Pintasan Saloma
Pada awalnya, aku sendiri tak tahu macam mana nak pergi. Walhal belakang office aku je. Lantas aku google sahaja cara nak pergi ke jambatan Saloma ini. Dia ada 2 cara sama ada, stop di LRT Kampung Baru, lepas tu jalan sikit nampak sepanduk Lorong Raja Muda Musa 3 dah sampai. Tak jauh mana.
Kalau dari KLCC, ada boleh naik dari jalan Saloma (sebelah Menara Public Bank). Kaedah ini aku tak try lagi. Lagi mudah aku turun je LRT Kampung Baru dah sampai. Aku pergi hujung minggu memang ramailah orang terutama student.
Aku dengar jambatan ini dibuat sama macam Bridge of Peace dekat Tbilisi, Georgia. Aku baca dekat mana tah. Mujur ada jambatan Saloma ini, mudah orang dari Kampung Baru merestas seberang KLCC.
Pintasan Saloma ini panjangnya 370m dengan kos sebanyak RM31 juta. Perghh..Buat jambatan pun ambil banyak kos. Siapa yang tak pergi bolehlah pergi. Dah pergi tu jangan pula menjahanamkan harta benda awam. Nama pun guna bersama, gunalah sebaiknya. ;)
Thank you for reading!
Syoknya shopping jalan2 😆😆😆
ReplyDeleteHai salam kenal... Jemput BW blog saya 😇
sempat lagi menyoping yek... cantik jambatan saloma tuh, cumanya tak mo pergi lagi lah mesti masih sesak lagi... nanti dah kurang orang baru nak lawat kawasan jugak
ReplyDeleteAssalamualaikum Sis Azwar Syuhada, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.