Kemeriahan Malam Ambang 2020 di Dataran Merdeka - Azwar Syuhada

Wednesday, 1 January 2020

Kemeriahan Malam Ambang 2020 di Dataran Merdeka

Selamat tahun baru, tahun 2020 ualls!

Moga tahun baru kali ini lebih baik dari tahun sebelum-belumnya. Sudah-sudahlah duk persoalkan kereta terbang, sana sini orang duk update kereta terbang. Hakikatnya, jalan di darat pun korang masih tak ikut peraturan. Permulaan yang baik untuk tahun 2020, dimana semalam semua staff dapat pelepasan balik awal, kalau tak masuk pepagi, balik dah nampak bulan. Semalam terang benderang lagi aku balik rumah. Indahnya hidup!

Memandangkan tahun baru jatuh hari rabu, aku tak balik kampung stay je dekat KL hujung minggu baru rancang nak balik. So, aku plan nak tengok detik ambang 2020 tahun ini, kebetulan tahun ini sambut dekat dataran merdeka memang cantik sangatlah. Siapa lagi aku nak ajak kan, kalau bukan Wan & Oyah rakan sebilik aku. Finally buat julung kalinya kiteorang keluar bertiga. Kalau tak aku keluar dengan berdua, ataupun dengan Oyah berdua. Lepas Isyak baru keluar rumah, singgak KL Sentral sekejap pergi isi perut. Penuh dan sendat orang dalam train malam tadi rata-rata dibanjiri warga asing. Hurmm...

Buat pertama kali dalam hidup aku pergi menyaksikan ambang tahun baru, kalau dulu-dulu rajin tengok dekat televisyen dengan family aku. Kalau ada bunga api jengah dekat tepi tingkap sahaja, mengaji dekat UniKL dulu pun sambut tahun baru dalam kelambu, dengar mercun tengok dekat sling door je. So kalini, nak juga merasa tengok kemeriahan bunga api menjelang tahun baru. Kiteorang sampai datang around 10.15pm waktu tu memang dah sesak dengan orang ramai. Aku paksa dorang datang temankan aku sepertimana aku teman mereka makan KFC. yehaaaa..Rata-rata budak-budak belasan tahun yang datang sini, padang depan datang tu dah penuh dengan umat Muhammad. Kiteorang menyelit-nyelit jugalah pergi cari tempat duduk. Mujur dapat.

Sampai-sampai, kumpulan Bunface tengah buat persembahan, lain-lain artis aku tak kenal. Mak aku tak kenan aku pergi tempat macam-macam ini. Mentang-mentang duk jauh dari dia, pergi merambu katanya. hahaha.. Aku cakap aku dah mengaji siap-siap sebelum keluar. Misi utama untuk tengok bunga api je, lepas tu balik. Nak berlama-lama sangat nanti train tutup pula. Mujur semalam ada setengah stesen buka sampai 1.300am kira sempatlah nak balik. 12.30am dah sampai rumah. Keluar rumah pukul 9.15pm (31/12/2019), balik rumah 12.30am (1/1/2020). See my level! 

Kalau aku tahu seramai ini, mungkin serik jugalah nak datang lagi. Tapi, yalah nak merasa suasananya gigih juga nak pergi walaupun bersesak dengan orang ramai. So, what your planning for this year?

Aku banyak sangat misi tahun ini nak buat, yang penting bukan misi untuk kurus. Seumur hidup aku tak pernah aku letak nak kurus. Biarlah nak kurus ke gemuk. Yang penting sihat. Antara misi yang aku nak capai tahun ini, jeng jeng jeng..

1) Kerja lebih kuat untuk kehidupan lebih selesa
2) Mempunyai kereta sendiri
3) Mempunyai aset sendiri - beli rumah (untuk 5 tahun akan datang not tahun ini)
4) Travel negara luar
5) Belajar mandarin semula 
6) Menabung lebih kuat lagi
7) Bayar mara dengan konsisten
8) Berjinak-jinak untuk buat puasa sunat










So, what your planning for thi year guys? Share lah sikit, nak tahu juga. Jom sama-sama tingkatkan produktivi dalam hidup kita, kurangkan negatif vibe tingkatkan positif vibe. Persetankan apa orang katakan hal kita, yang penting goals kau tercapai dan dipermudahkan.

Amin! Thank you for reading!

5 comments:

  1. Selamat tahun baru. ^^ Semoga apa yang dihajati tercapai. ^^

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru. meriah suasana ambang merdeka. kak semalam dok rumah ja prepare barang anak nak sekolah harini ^_^

    ReplyDelete
  3. meriahnya sambut nuyer! seronok!

    ReplyDelete
  4. moga semua impian untuk tahun 2020 akan terlaksana

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru dik :) azam tahun baru kak shima nak amalkan hidup sihat n nak rajin bersenam ahaks. moga azam tahun baru adik tercapai. kalau sambut tahun baru kat klccc ke dataran merdeka ke, memang padat dengan foreigner tu yang tak rajin nak bersesak2 dengan diaorang.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!