Movie Review: Wedding Agreement Sinetron Seberang - Azwar Syuhada

Sunday, 3 November 2019

Movie Review: Wedding Agreement Sinetron Seberang

Salam to all readers,

Lama dah tak tengok wayang, pagi tadi sambil scroll facebook ternampak pula satu trailer sinetron indoesia macam best je. Gigih juga nak pergi tengok petang tadi. ALang-alang kawan seblik seorang lagi memang kaki melayan mana aku nak pergi. Gigih turun NU Sentral, kot-kot la ada movie ini dekat situ. Malangnya tak ada, buka tgv dekat KLCC pula ada pukul 1.30pm dengan pukul 8.00pm Terus bekejaran dari KL Sentral ke KLCC semata-mata nak layan movie ini.

Lama dah aku tak layan sinetron indonesia, nampak trailer best tu yang menggila nak pergi tengok juga. Aku rasa last aku layan sinetron indonesia ini waktu zaman sekolah menengah. Perghh...lama gila. Ada gak lambat ke sekolah agama dulu, gara-gara melayan cerita bawang putih bawang merah yang main dekat TV3 dulu. Sekarang tak ada dah kot.

Kalau ikutkan drama indonesia dengan melayu ini lebih kurang sama je, cuma layan movie rasa logik sikit dibandingkan dalam drama tv yang beratus episod. Mana taknya, mula-mula cakap ada terbuang, tup-tup muncul mak bapaknya datang ceruk mana. Melalut pula aku, jom tengok sinopsis cerita aku tengok petang tadi.

Official Trailer boleh tengok dekat youtube

Sinopsis & Review Wedding Agreement

Siapa yang dah tengok trailler nya mungkin dah boleh agak perjalanan ceritanya. Kisah seorang jejaka bernama Bian dan gadis bernama Tari terpaksa mengikat tali perkahwinan atas dasar keluarga. Jejaka Bian ini dah mempunyai girlfriend iaitu Sarah, dia dah lama bercinta bercinta dengan si Sarah ini sejak dibangku universiti lagi malangnya keluarga Bian dah aturkan perkahwinan Bian dengan kenalannya punya anak, Tari.

Bagi melunaskan impian ibunya, Bian akur dijodohkan dengan Tari. Tapi, perkahwinan yang bina tak seindah diimpikan bilamana jejaka Bian mengeluarkan syarat-syarat pernikahan kepada Tari. Si Tari ini pula dalam diam dah mula suka pada suaminya si Bian. Walaupun dah berkahwin, Bian still jumpa si Sarah. Sungguhpun Tari tahu si Bian dah ada girlfriend dia tetap nak jaga perkahwinan yang dibina disebabkan dah mula sayang dengan suaminya. Awalnya, Bian tak layan pun si Tari, lama kelamaan bila Tari jaga makan pakai, sakitnya semuanya dia pun dah mula suka. Tapi, confuse nak pilih si Sarah ataupun Tari. Hinggalah, Tari keluar dari rumah bagi ruang untuk si Bian ini pilih sama ada dia ataupun si Sarah.

Dah hero dan heroin nya si Bian dan juga Tari, sudah semestinya endingnya mereka kekal berdua. Si Bian akhiri dengan mencari Tari semula. Manakala, si Sarah give up dan menerima cinta si Adi sepupu Bian. Off course happy ending, walaupun aku lambat masuk panggung, cepatlah tangkap jalan ceritanya. Kalau cerita orang putih aku lambat tangkap kena masuk awal lagi.

Rate:
9/10

Duration:
1 jam setengah

Tajuk OST lagu Wedding Agreement:
Jawab Cinta

Habis je tengok movie, terus merayap ke Avenue K cari makan. Aku tak suka sangat jalan dalam KLCC weekend sebab terlalu ramai orang. Pening kepala. Pusing punya pusing, decide makan dekat FreeBay.Co depan Sephora tu. Aku lama gila dah nak datang makan sini. Tengok konsep kedainya ala-ala versatile gitu, kalau dia mengadap dekat luar laluan jalan raya tu lagi cantik kot. Dalam mall pun not bad la.

Muka bahagia dapat makan.

 That mine, aku order Aglio Pasta (RM16.00)

Makan sini mostly western, ada juga nasi if korang nak like butter chicken. Tapi aku teringin nak makan pasta petang tadi tu yang order ini. Not bad rasanya, sedap pasta aglio dekat sini, cukup rencah cuma ayamnya terlebih garam jadi masin sikit. Roti enak sekali ranggup dimakan. Overall sedap je!

Hot Cappucino (RM12.00)

Aku salah sorang coffee lover sahajalah order coffee sini nak tahu sedap ke tidak. Alih-alih indah khabar dari rupa. Maybe aku tak amek sugar kot. Cappucino ini tak rasa apa pun. Mujur mereka bagi plain water dapatlah basahkan tekak.

Lepas ini kalau datang sini nak rasa dia punya butter chicken pula sedap ke tidak. Setakat ini butter chicken yang aku rasa sedap pun dekat The Cateen Midvalley, lain tempat aku rasa tak sedap. ;(


Berbaloi datang makan sini, potion dia pun banyak dan mengenyangkan. Bila kenyang makan bergerak ke Jalan Tar pusing-pusing sana sampailah ke Pasar Seni. Alhamdulillah, 6.30pm dah selamat sampai ke rumah ;)

Okaylah, ini sahaja perkongsian aku di hujung minggu. Done bazir duit untuk harini ;)

Thank you for reading!




3 comments:

  1. erm.. jalan cerita kahwin paksa ni rupanya masih ada ye

    ReplyDelete
  2. mula2 ingat layan filem indonesia yang hantu punya filem hehehe...
    menggodanya menu spageti tuh... lapar lak rasa perut ini

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!