Aku rasa medium blog ini makin tenggelam pula bila adanya platform Instagram, Twtiter & Facebook. Aku sendiri akui banyak menghabiskan masa scroll Instagram dan Twitter lagi cepat dapat info. Konon nak tengok 10 minit je, tahu-tahu dah berjam masa aku terbuang dengan scroll Instagram. So minggu ini masa aku terbuang dengan perkara tak berfaedah. Dunia-dunia.
Aku sebenarnya tak tahu nak update apa. Tapi rasa nak menulis juga memalam ini. Baru-baru ini aku ada tonton 1 video berkenaan "Love Yourself" dengan Facebook kalau tak silap. Aku suka kupasan dia, walaupun tak adalah wow sangat. Tapi ada betulnya juga kita kena appreciate diri kita sendiri tau.
Tapi bila aku tengok komen-komen tu, ada gak yang aku tak berkenan. Ada juga nak jadi alim ulama, kalau nak rasa bahagia sembahyang mengadap tuhan, bukan lepak dekat tempat-tempat membazir. Typical mentaliti sesetengah. Aku terimalah pandangannya. Memang benar katanya kita kena solat, berdoa, mengaji semua itu. Kita tak suruh pun tinggalkan benda wajib. Yang wajib kita perlu lakukan, harus dipraktik dan ditambahbaik.
Konteksnya disini, dalam kehidupan diri kita. Bukan aku sahaja, setiap orang pasti mengalaminya. Memang benar kita ada keluarga, kawan-kawan, saudara-mara. Tapi yang lebih arif tentang diri kita sudah semestinya diri kita sendiri. Jatuh bangun tergolek kita yang alami sendiri. Dari bangku sekolah lagi, aku suka appreciate diri aku sendiri. Aku tak suka orang puji aku, masa zaman sekolah aku tak boleh nak belanja diri aku sangat, palig-paling bila aku berjaya buat sesuatu mesti aku tepuk bahu sendiri cakap dekat diri sendiri tahniah at least dekat diri sendiri. Itu salah satu cara kau hargai diri kau. Bukan hanya mengharap pujian orang luar semata-mata.
Sampailah, masuk universiti sehinggalah dah masuk alam pekerjaan. Bila dah masuk alam pekerjaan pula, cara aku appreciate diri aku pun lebih advance. Ialah dah ada duit sendiri kan. Aku tak suka melepak jenis tak tentu pasal. Waktu kerja, aku kerja sungguh-sungguh, ada masa stress juga mana ada kerja tak stress (lagi-agi liase dengan orang). Kadang-kadang menyirap je. Nak buat macam mana, nama pun kerjakan. Bila aku attend event blog itulah salah satu cara aku melupakan kejap masalah yang ada. Bila gaji, aku bahagikan mana yang patut aku dulukan. Setiap bulan ada bahagian aku spend 'me-time' dekat mana-mana sahaja. Nomally aku lepak starbuck sambil update blog, tak pun shopping, ataupun join run. Kalau suruh aku jalan mall seorang diri, aku takde hal senang cerita.
Banyak masa aku keluar sendiri duduk di ibu kota ini. Kalau keluar dengan kawan pun, paling-paling dengan housemate aku Wan. Bila keluar sendiri, aku tak payah nak pikir balik pukul berapa, nak mengekor orang nak pergi mana. Aku pergi, aku pandailah balik. As long as you happy! Siapa lagi nak bahagiakan diri sendiri kalau tak kita sendiri. Lain orang lain caranya. Ada orang lebih cenderung habikan masanya dengan kawan-kawan. Depend pada orang juga.
Please jangan buat main dengan isu depression, setiap orang ada tekanan masing-masing. Jangan selalu down orang yang tengah stress or depress, cause boleh buat individu tu bunuh diri. Nauzubillah. Carilah sesuatu benda yang korang suka buat atau spend 'me-time' untuk diri korang sendiri. Buat sekali, dah rasanya sendiri. Kau relax gila, tak pun berlari. Berlari tak semestinya nak kurus, kau rasa tenang gila. Percayalah dengan apa yang kau buat. Tapi janganlah pergi hisap gam pula.
Semalam balik kerja, singgah Lot 10 ambil kit larian, terus pergi Jalan Tar cari makan. Gigil-gigil badan dari pagi tak jamah apa-apa lagi.
Nasi beriari ayam Jalan Tar RM11.00 (padu tapi makin sikit dah kenyang)
Siapa chocolate lover bolehlah try 'Mint Chacha Mocha by Tealive' ini. Sedap juga, aku beli dekat Tealive depan Lot 10 semalam. RM8.50 + RM0.50 (sst) = RM9.00. Dah keluar semalam, maka hari Ahad aku duduk di rumah menghabiskan masa cuti aku dengan aman.
Esok dah start kerja, cepat je kan masa berlalu. Apa-apa pun selamat bekerja esok!
Good night!
One of the self care methods yang saya guna utk love myself pun dengan spend time sendiri macam pergi shopping sendiri atau jalan2 amek udara segar sendiri. Ada jugak kawan yang cakap "eee lonely nya..." tapi bagi saya, its a form of therapy. Waktu tu lah saya habiskan masa utk tenangkan diri apa semua tanpa gangguan orang. Btw, kalau tealive nih saya peminat setia brown sugar pearl milk tea ^^
ReplyDeletekalo sy reward diri sndiri dgn brng mahal skit dr biasa..
ReplyDeletehrgai diri sndiri kononnya.. haha
seronok tengok kawan-kawan join fun run macamni,
ReplyDeleteterliur nengok nasi beriani penuh sepinggan tuh,...lama betul tak jalan ke jalan tar, dah bertahun2 tak ke sana
Samalah. Sha punya me time adalah window shopping aeon, makan sushi dan duduk kedai buku berjam. Might as well beli novel 1 😊
ReplyDelete