Salam to all readers,
I'm back guys! Sambung kembali cerita ke Hatyai, Thailand untuk hari kedua. Hari kedua cuaca agak mendung nak hujan. Perhentian utama di hari kedua adalah ke Samila beach. Perjalanan ke Samila beach dari hotel kami lebih kurang sejam jugalah.
Cantik kawasan perjalanan ke Samila Beach ini, konon stay sini dalam 45 minit. Alih-alih, hujan renyai-renyai terpaksalah ambil gambar cepat-cepat asal boleh terus berangkat ke destinasi seterusnya. Main utama dekat Samila Beach ini adalah patung Duyong.
1) Samila Beach
Sempat berlari ke tempat patung duyong ini. Waktu ini dah start hujan, gigih juga ambil gambar.
2) Sleeping Budha
Perjalanan nak ke Sleeping Bhdha ini dari Samila beach ini lebih kurang 30min sahaja. Tak jauh mana, pusing-pusing dalam kawasan yang sama juga. Sampai-sampai sini memang dah nampak sebatu patung budha yang besar gedabak ini. Lepak sini tak lama mana sebab hujan makin lebat.
Bila dah hujan, perut masing-masing dah start lapar, kami bergerak ke sebuah restoran makanan panas. Mujur makanan tengahari ini company tanggung lagi, memang masing-masing pulun makan habislah. Tam sempat nak ambil gambar makanan, masing-masing mood kelaparan.
3) Masjid Songkhla
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah ke Masjid Songkhla. Masjid ini boleh tahan besar dan cantik keunikkan dan seni bina masjid ini. Memandangkan semua kakitangan majoriti Chinese dorang pun tak turun, just tengok dari dalam bas sahaja. Kalau tak mesti ada gambar juga ramai-ramai depan masjid ini.
Selesai bergambar terus pulang ke hotel berehat. Memandangkan ikut company trip maka destinasi yang dituju pun agak limited tau. Jadi, pergi mana yang ada je. Acara bebas kami pun waktu malam. Malam-malam lepak dekat Le Garden sahaja.
Nak baca nexttttt heheeh
ReplyDelete